Wajah Perompak Tersebar Di Facebook.
Ada cctv rupanya kat dalam rumah yang kena rompak tue. Nasib ko la perompak. Ko ingat ko cerdik, tapi tuan punya rumah lagi cerdik. Sekali terkantoi dengan cctv. Satu idea yang baik juga sebenarnya tue. Kebiasaan nya jarang orang pasang cctv dalam rumah kan? Selalunya luar rumah. Boleh tiru..
Hehe.
Uit.
Dengan parang. Ini pasal kita jangan sesekali merompak. Kadang2 tanpa sedar dengan parang di tangan, kerana panik kita boleh terbunuh orang tak pasal2.
Benda tak elok neh.
Pakai baju melayu. Taktik konon nak pergi beraya le tue. Padahal merompak. Apa la nak jadi. Muka dah kantoi neh mana nak lari?
Hehe.
Uit.
Dengan parang. Ini pasal kita jangan sesekali merompak. Kadang2 tanpa sedar dengan parang di tangan, kerana panik kita boleh terbunuh orang tak pasal2.
Benda tak elok neh.
Pakai baju melayu. Taktik konon nak pergi beraya le tue. Padahal merompak. Apa la nak jadi. Muka dah kantoi neh mana nak lari?
Aksi licik seorang lelaki lengkap berbaju Melayu cekak musang berserta sampin mengumpil masuk sebuah rumah di Kampung Banting, Sabak Bernam berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu.
Rakaman CCTV berdurasi selama 3.29 minit itu menunjukkan lelaki berambut pendek ala ‘komando’ itu menjalankan kegiatan itu seorang diri sambil mencuri barangan berharga dalam tempoh tidak lebih 30 minit.
Aksi rakaman itu kini tersebar luas dan dimuat turun dalam laman sosial Facebook bagi mengenal pasti suspek yang menjalankan perbuatan terkutuk itu ketika umat Islam menyambut hari raya pertama.
Mangsa, Mohd Hamsari Basri, 52, berkata, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama isteri dan empat lagi anaknya itu tiada di rumah kerana pergi beraya di rumah ibunya di Kampung Sungai Lang, Air Tawar.
“Kami keluar beraya dalam jam 12 tengah hari dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 4.30 petang, namun sebaik sampai di rumah, kami terkejut apabila mendapati bilik berselerak dengan pakaian atas lantai,” katanya.
Mohd Hamsari berkata, berdasarkan rakaman CCTV di rumahnya itu, suspek yang berpakaian merah dipercayai cuba memasuki bahagian depan rumahnya itu pada jam 3.18 petang dengan menunggang sebuah motosikal, bagaimanapun suspek gagal memasuki pagar rumah berkenaan.
“Suspek kemudiannya beredar bagaimanapun, enam minit selepas itu, suspek tiba-tiba muncul dan kelibatnya dilihat berada di belakang rumah dipercayai menggunakan laluan jalan kebun sebelum bertindak mengumpil pintu tepi kiri rumah dengan menggunakan parang,” katanya.
Mohd Hamsari yang juga seorang guru berkata, suspek dilihat masuk ke dapur rumah dan kemudiannya menyelinap masuk dalam bilik dan mencuri barangan berharga yang ditinggalkan dalam rumah berkenaan.
“Antara barangan yang hilang adalah tiga komputer riba, kamera digital, kamus digital dan wang tunai RM500,” katanya.
Katanya, kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan menerusi CCTV pada jam kira-kira 3.52 petang selepas semua barangan yang dicuri itu dibawa lari.
Katanya, dia yang pulang 30 minit selepas itu menyedari rumahnya dipecah masuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira jam 5 petang hari yang sama. -SH-