MAZA Sekolahkan Ustaz Fathul Bari..
Jangan terasa ILMU, jangan terasa.
Yang mana baik tu amek la. Sepatutnya kita sesuaikan keadaan dengan hadis, bukan sesuaikan hadis dengan keadaan.
Kan dah kena.
AMEK KAW..
Bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin menegaskan sebagai umat Islam, menggunakan alasan
"ini semua takdir" tidak seharusnya diguna pakai tanpa sebarang usaha.
Menurut Mohd Asri, Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita tentang takdir dan berusaha pada masa yang sama.
"Apabila manusia berusaha, namun
gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak
seperti iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur
dengan kehendak Allah dalam hal itu.
"Tiada
apapun yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa yang Allah
izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan
semestinya DIA izinkan," kata Mohd Asri.
Mohd Asri berkata manusia
disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha
yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam.
"Jika anda masuk ke kedai, anda
dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu
dia jawab “Allah menaikkan harga barang”. Apakah anda akan berkata:
‘MasyaAllah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman’. Ataupun,
‘awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!’.
"Namun, jika naik turun harga
tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga
tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi," kata
Asri.
Justeru Islam kata Asri melarang
monopoli yang zalim seperti menyembunyikan barangan, dan pemerintah
boleh masuk campur dengan menetapkan harga barang.
"Dalam negara ini, ada
berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga
berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai
alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya: ‘semua itu takdir
Allah?!’.
"Saya juga lebih tertarik dengan
kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah
yang betul untuk membela."
Ulama Umno, Fathul Bari Mat
Jahya semalam mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga
barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi"
tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam.
Fathul Bari mendakwa Ketua
Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas
Mufti Perlis itu memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal
artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah
untuki memberi kefahaman kepada masyarakat.
"Mereka sebenarnya telah memutar
belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan
harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu
ini.
"Saya bercakap dalam konteks
sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam
mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya ketika ditemui The
Malaysian Insider. - TMI