Warga Asing Conquer Lembah Klang.
Memang betul pun. Kat area2 perumahan flat bersepah2 dorang neh. Di mana2 saja. Kalau naik bas, ya ampun, sampai kena berebut2. Dorang plak terutamanya yang bangla2 neh jangan harap nak bagi tempat duduk. Berbeza dengan warga asing thailand ke, myammar ke ataupun indonesia ke. Aku jarang naik bas atau lrt sebenarnya. Tapi kadang2 naik juga. Pengalaman yang beberapa kali tue dah cukup membuatkan aku tahu warga asing bangladesh memang gile tempat duduk, memang gile nak duduk. Berebut2 pun takde hal pada mereka. Bahkan depan orang tua, depan wanita mengandung dan depan wanita yang ada anak pun depa tak heran nak bagi tempat duduk.
Tatau la kenapa. Agaknya dorang neh kerja berdiri lama2 kot sampaikan berebut2 tempat duduk..
Hehehe..
Bercakap pasal warga asing, cuba baca kat bawah neh dulu. Nak tahu kenapa kita kena kawal kemasukkan warga asing? Bukan soal kita benci dorang ye. Sebab beza agama, bangsa ataupun negara oke. Tetapi kalau dah terlalu ramai sangat sehingga mereka boleh conquer satu2 tempat, ia memudaratkan beb. Rakyat Malaysia pun takut dengan dorang bila dah ramai2... kalau semua nya bawa perangai elok2 takpe juga. Ini ada yang bawa perangai biadap. Masuk negara orang, kacau orang pula. Logik ke?
Laporan tinjauan Sinar Harian tersebut mendedahkan warga asing telah menjadikan kawasan tersebut sebagai perkampungan mini umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang- undang.Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/lembah-klang-port-warga-asing-1.204019
Di kawasan tersebut, mereka bebas menjalankan aktiviti seharian seperti mempunyai kedai runcit, pasar pagi, kedai makan, serta ditadbir oleh ketua kawasan dari bangsa mereka tanpa sekatan undang-undang.
Malah lebih membimbangkan, kawasan- kawasan tersebut sudah lama diduduki oleh mereka malah ada yang sudah beranak pinak di negara ini.
Di Ampang, gerai bawah jejambat yang dipercayai diusahakan oleh warga asing menjadi tumpuan . Bukan sahaja menghidangkan pelbagai menu enak negara seberang seperti ayam penyet dan bakso, malah ia menjadi pusat pertemuan warga Indonesia untuk berehat dan berborak dengan rakan- rakan terutamanya pada hujung minggu memang tidak ubah seperti mini Jakarta.
Tinjauan Sinar Harian juga mendapati gerai itu dijadikan pusat sehenti kerana turut mempromosi khidmat kiriman wang ke Indonesia.
Di kawasan berdekatan juga kelihatan mereka bebas menjalankan perniagaan di dalam rumah kediaman.
Di Kampung Baru Sungai Buloh turut tidak terlepas daripada monopoli warga asing yang kebanyakannya berasal dari Bangladesh dan Indonesia.
Warga Kemboja pula dilihat mendominasi Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras dan difahamkan mereka bebas membuka perniagaan untuk memudahkan masyarakat dari perkampungan mini itu membeli barang keperluan harian.
Selain berani berniaga di kawasan monopoli kelompok mereka. Mengambil contoh di Chow Kit, warga asing juga kini sudah mendominasi perniagaan, sama ada mereka adalah pekerja ataupun pemilik perniagaan sukar dibezakan.
Lambakan warga asing ini meresahkan rakyat tempatan kerana secara tidak langsung ia membabitkan soal keselamatan, menutup peluang perniagaan warga tempatan.