t>

Breaking News

Aksi Pergaduhan Sesama Penyokong Pahang Kini Tersebar.

Lawak.

Dah menang pun gaduh. Kalau kalah logik la juga gaduh. Yang paling kelakar nak mampos, gaduh tue bukan gaduh dengan penyokong bola sepak dari negeri lain tapi bergaduh sesama sendiri.

Kelakar gile.

Habis rosak barang2 tuan punya kedai. Nak tengok bola, tengok je la. Yang pergi bergaduh sampai jejaskan barang2 tuan punya kedai apa kejadahnya..

Aduhai..

Baca ;

Ramai peminat bolasepak Pahang meluahkan rasa kecewa terhadap insiden pergaduhan yang berlaku di luar Stadium Darul Makmur pada perlawanan pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia antara skuad Tok Gajah menentang Sarawak baru-baru ini. 

Anehnya, pergaduhan berlaku walau pun perlawanan sebenarnya bukan diadakan di Kuantan. Pahang ketika itu bertandang ke Stadium Negeri di Kuching Sarawak untuk perlawanan tersebut yang berkesudahan Tok Gajah layak ke perlawanan akhir apabila berjaya mengatasi skuad Bumi Kenyalang dengan agregat 4-2. Namun, apa yang mengecewakan ialah terdapat laporan dan sebaran video di mana berlaku aksi pergaduhan di Jungle Foodcourt Jalan Kuantan-Sungai Lembing pada malam itu. 

Tidak diketahui apakah punca pergaduhan, namun adengan ini sangatlah memalukan sebenarnya. Mana mungkin Pahang menang dan layak ke akhir pun penyokong boleh bergaduh sesama sendiri. Justeru, diharapkan pihak polis dapat menyiasat maklumat ini dan menjejaki pihak yang mencetuskan pergaduhan itu hendaknya. Diharapkan penyokong Pahang dapat mengawal tingkah laku dan displin ketika berkunjung ke Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir menentang Kelantan TRW pada 3 November ini hendaknya. 

Sumber :  http://pahangdaily.blogspot.com/2013/10/panas-video-penyokong-pahang-bergaduh.html

Video pergaduhan klik sini.