t>

Breaking News

Kecewa TMB Kelantan Suka Menggunakan Bahasa Kasar.

Luahan anak Kelantan terhadap sikap Nik Mar selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan. Mohon perhatian lanjut. Di harap TMB boleh menerima kritikan ini secara berlapang dada.

TMB Kelantan berbahasa buruk lagi

Aku kira selepas diangkat sebagai TMB Kelantan maka bahasa-bahasa kesat yang diguna sebelum tidak diguna lagi. Namun harapan itu meleset.

" Ayam gila, gila babi, beruk gila " dan pelbagai lagi kata-kata yang tak sepatutnya dikeluarkan diatas pentas ceramah agama diguna oleh seorang Ustaz cukup lancar dilafaz oleh Ustaz Mohd Amar ( DMA)

Aku berdoa apabila DMA dilantik TMB Kelantan semoga beliau tidak lagi menggunakan kata-kata kesat ketika berceramah kerana aku malu kepada rakan-rakan negeri lain jika memiliki seorang TMB " bermulut hudus "

Hari ini aku begitu sedih apabila sebuah video youtube TMB Kelantan dikongsi dan TMB sekali lagi mengulangi perangai lama berceramah dengan perkataan pada pendapat aku ianya tidak sesuai digunakan oleh seorang ustaz yang bertaraf Timbalan Menteri Besar.

Kata TMB orang yang menulis tentang pembentukan kerajaan baru Kelantan seperti orang gila. Orang gila yang menfitnah.

Untuk pengetahuan TMB Kelantan, isu pelantikan MB baru tidak lagi menjadi isu besar di Kelantan. Rakyat sudah boleh menerima MB yang baru. Cuma sebelun kini kami tertanya-tanya kenapa pelantikan itu dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Tetapi kenapa begitu lama barulah persoalan ini terjawab. Sehingga rakyat sudah pun lupa akan isu ini. Dan persoalan-persoalan itu merupakan persoalan bukanlah tuduhan atau pun berbentuk fitnah. Jika persoalan ini hendak dijawab, bukan bulan ini, bukan minggu ini dan bukan hari ini dijawab, tetapi persoalan ini perlu dijawab pada rakyat 3 bulan yang lalu.

Rakyat juga sedia maklum ( ceramah di Pasir Tumbuh selepas sehari pelantikan MB baru) bahawa Datuk Husam tidak dipanggil samaada dalam bentuk surat atau pun sms untuk menyuarat tersebut.

Datuk Husam juga pernah memberitahu beliau tidak pernah terima sms atau surat untuk mesyuarat tersebut dan menganggap ianya kesilapan teknikal. Datuk Husam juga berharap para sahabat beliau menghubungi melalui telefon dan menyatakan perkara dengan baik dan tidak perlu dibesar-besarkan. Datuk Husam memberitahu tidak kisah tidak dilantik exco dan menerima pelantikan ini cuma sedikit terkilan apabila rakan-rakan jemaah tidak memaklumkan pada beliau dan menyebarkan berita tidak benar (kononnya beliau telah dijemput)  pada media dan bukannya pada beliau sendiri akan jemputan mesyuarat tersebut.

Beliau juga berharap para sahabatnya jemaahnya datang berjumpa dengannya dan peluk sebagai sahabat dan menyatakan sendiri bahawa pada mesyuarat tersebut beliau sudah dipanggil dan mungkin ada kesilapan teknikal maka panggilan itu tidak sampai.

Namun Datuk Husam sehingga ke hari ini tidak menerima kunjungan para sahabat jemaahnya semenjak mendapat jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri.

TMB sendiri sehingga ke hari ini seperti menganggap Datuk Husam tidak wujud dalam politik Kelantan. Sehinggakan ketika Datuk Husam ditahan dilokap ( lokap berada dalam Dun TMB) TMB masih tidak melawat. Selepas Datuk Husam dibebas TMB masih tidak kunjung tiba. Sedangkan Datuk Husam ialah pimpinan tertinggi Pas Pusat. Adakah Datuk Husam perlu melawat TMB selepas beliau ditahan?

Namun isu pelantikan MB baru bukanlah isu yang besar. Agak pelik apabila tiba-tiba isu ini diberi nafas baru takkala orang sudah pun diam akan isu ini. Dan lagi pelik isu ini dijawab diluar negeri Kelantan.

Adakah isu ini dimainkan untuk alih perhatian isu yang lain?

Kini rakyat tertanya-tanya isu balak, isu kenaikkan harga air tanpa memberitahu rakyat, isu lebuh raya, isu GLC kerajaan negeri dan pelbagai isu yang lebih rasional untuk dijawab.

Dalam video tersebut juga, DMA menyatakan Kerajaan hari ini sudah siap maka sebab itulah kerajaan hari ini bersikap mendiamkan diri.

Aku agak kecewa dengan kenyataan ini. Apakah pentadbiran hari ini sudah begitu selesa sehingga DMA menganggap Kerajaan hari ini sudah siap. Adakah isu balak, isu air, isu lebuh raya dan pelbagai isu di Kelantan hari ini dianggap remeh. Adakah kebajikan rakyat sudah dianggap selesai? Adakah impian Tok Guru mahukan negeri Kelantan sebagai negeri pertanian sudah selesai.

Sesungguhnya masih banyak yang perlu diselesaikan. Mana boleh seorang yang bertaraf TMB menyatakan kerajaan yang dipimpinnya sudah siap. Adakah kerajaan hari ini hanya perlu menambah sikit-sikit dari apa pentadbiran sebelum. Jika ini anggapan TMB, maka aku berharap TMB hari ini meletakkan jawatannya sebagai TMB kerana realitinya Kelantan masih banyak yang perlu dilakukan dan aku berharap seorang TMB Kelantan yang membantu MB bersikap berdaya maju ke hadapan bukan hanya mengecapi peninggalan yang sudah ada.

Berbalik pada isu DMA menyatakan penulis bloggers itu seperti orang gila, aku berharap DMA bersangka baik. Para penulis yang sentiasa bertanya khabar dan mohon penjelasan tentang pelantikan MB baru itu kerana mereka sayangkan negeri mereka. Apabila pelantikan itu dibuat tergesa-gesa dan tiada penjelasan maka mereka sangsi dan sudah pasti pelbagai persepsi yang timbul. Maka siapakah yang silap sehingga pelbagai persepsi itu timbul? Namun mereka bertanya diblog/facebook. Maka kenapa terlalu lama jawapan sehingga rakyat sudah tidak berminat akan isu ini kerana terlalu banyak isu yang memerlukan penjelasan kerajaan pada hari ini.

Dan kami sedikit kecewa apabila DMA agak pendiam di dewan dan kami hanya terperasan DMA ketika bermain pen di dewan undangan negeri. Kenapa tidak turut serta dalam dewan?

Dan yang paling aku harap, DMA sebagai TMB Kelantan tidak lagi menggunakan perkataan " hudus " malainkan jika terpaksa. Politik lebel melebel, caci mencaci kini sudah tidak releven. Rakyat kini mahu tahu apa yang boleh dilakukan oleh pimpinan mereka. Bukannya politik adu domba.

Dan aku juga berharap, kerajaan hari ini janganlah terlalu bermusuh dengan rakyat, kami rakyat hanyalah bertanya. Apakah tiada nilainya lagi kami rakyat hari ini sehingga hak kami bertanya kini seperti sudah tiada. Hormatilah kami kini seperti mana kami dihormati sebelum PRU.

Jeming Hassan
Yang sentiasa bertanya khabar negeri Kelantan.