t>

Breaking News

Kisah 6 Beradik Yang Di Tinggalkan Adalah Salah Orang Kelantan.

Oke.

Rupanya komen tak cerdik dari orang UMNO. Padan la. Seme benda pun Kelantan yang salah, teruk, buruk, keji dan hina. Betul tak?

Lihat ini ;


Macam neh pun nak kaitkan dengan Kelantan pula. Perangai setiap manusia tidak ditentukan dari mana dia dilahirkan. Ia ditentukan oleh diri mereka sendiri. Bergantung juga kepada faktor seperti persekitaran, cara mereka dibesarkan, didikan dan sebagainya. Ia bukan ada kaitan dengan negeri pun. 

Benda la lue neh.

Ada ramai kawan2 aku kena tipu dengan orang Kedah. So nak kata warga Kedah = kaki penipu. Ataupun asalkan penipu tue semestinya orang Kedah? Tak la kan. Kebetulannya jek persekitaran aku membuatkan aku ramai kawan2 yang berkawan dengan orang Kedah yang akhirnya ada di antara mereka ditipu. Itu saja.

BODOH, tapi taknak belajar. 

Sombong tak bertempat.

Merungkai kisah 6 beradik tue. Mahkamah akan memutuskan kemana mereka akan ditempatkan selepas ini. Salah seorang dari 6 beradik tue ada masalah deria berikutan kena demam panas ketika kecil. Lahir normal, tapi disebabkan demam panas, tak bawa ke hospital dengan segera, dia menjadi buta. Aku rasa nak lempang je mak bapa budak neh laju2. Kot ye pun susah sangat takan tak boleh bawa p klinik 1 Malaysia? Hospital kerajaan pun boleh. Ini satu pengabaian. Tak reti jaga anak jangan la buat anak. Romen pandai, beranak pandai, jaga anak tak pandai.

Anak sulung kepada pasangan tersebut juga didapati tak pergi ke sekolah disebabkan kesempitan hidup. Sebenarnya sistem persekolahan sekarang adalah lebih baik dari dulu. Maksudnya takde kemungkinan untuk ko tak mampu ke sekolah kerana takde duit untuk yuran dan buku. Orang miskin akan dibantu oleh guru step by step. Percaya cakap aku pasal aku pun terlibat dalam perkara ini. Yang penting kita kena main peranan dengan bergaul dengan guru2 sekolah. Jangan sombong beb dengan mereka. Mereka bukan tuhan sampai tahu siapa susah dan siapa yang tidak. Bahkan ada sekolah2 yang menempatkan budak2 miskin ini di dalam asrama. Cuma kemungkinan untuk ko tak mampu ke sekolah kerana tambang bas, duit belanja itu mungkin ada. Jadi disini jika beban kos sara hidup meningkat dan menyeksa ko, kami sebagai masyarakat boleh fahami ko. Tapi sekarang neh dari apa yang diperlihatkan ia lebih kepada masalah ibu bapa neh sendiri. Bergaduh sampai sanggup tinggalkan anak2 sendiri selama sehari lebih, akai ada ka? 

Dah la bayi pun ada sama. Tak fikir kot yang budak tue mungkin boleh jadi sakit juga disebabkan kena tinggal lama2. BODOH memang BODOH. Kes mak bapak budak neh pula. Kena hantar pergi kaunseling dan ikat la perut ibu tersebut, mohon jangan diberikan izin untuk beranak lagi supaya tiada anak2 yang terseksa dapat ibu macam neh. Melihatkan kepada keadaan dia neh, aku rasa keadaan aku dengan mak aku lebih susah lagi. Mak aku gaji rm350 sebulan, tinggal di KL, takde bapa jaga anak 4 orang. Jaga kami dari kecil sampai besar. Tak tergamak pun untuk dia tinggalkan kami. Pasal aku dah mengalami keadaan tersebut, maka aku berani katakan mak bapak budak neh memang takde akai. Jangan sembang kencang jika ko nak cakap orang tak faham kesusahan ko. Ko mungkin susah, ko mungkin ada kehidupan yang teruk, ko mungkin ada masalah kewangan tapi itu bukan alasan yang utama untuk ko tinggalkan anak2 ko sendiri. Faham?

Link rujukan : http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/siapa-jaga-enam-beradik-1.210656