t>

Breaking News

Remaja Hilang Kini Di Temui Mati Dibunuh Oleh Kenalan Internet.


Malang tak berbau. Bukan semua yang kita kenal di internet itu baik. Sekali terbabit dengan seorang penjenayah tak pasal2 menjadi mangsa jenayah. Ini yang bahayanya bila kita keluar seorang diri dan keluar pula dengan seseorang yang baru dikenali. Tanpa mahu menambahkan lagi kesedihan keluarga tersebut yang baru saja kehilangan orang yang tersayang, mari la kita sama2 amek iktibar akan kes neh. Tolongla kita nasihatkan diri kita dan anak2 kita jangan sesekali mempercayai sesiapa saja di internet semudah ABC.

Jangan keluar seorang diri jika nak jumpa rakan2 yang kenal di internet.

Budak2 remaja, bawah umur lagi la tak digalakkan keluar secara bersendirian.

Remaja berusia 15 tahun itu bukan saja mati dibunuh bahkan dipercayai ada serangan seksual dilakukan terhadapnya. Menurut satu laporan berita versi english di The Star yang aku baca malam tadi. Memang kejam. Kes kehilangan bertukar menjadi tragedi.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di Klang malam tadi.

Mayat gadis itu yang dipercayai dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui Internet, ditemui polis yang dibawa oleh suspek ke lokasi pada pukul 9 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan awal menemukan kesan luka dan pendarahan pada kepala dan tangan mangsa.

Suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 6.30 petang tadi di rumahnya di Kelana Jaya. Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek lebih 12 jam lalu, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di pada pukul 1.30 pagi selepas anaknya gagal pulang, sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada pukul 11 pagi semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/244612