t>

Breaking News

Saya Minta Maaf, Dengan Lipas Pun Saya Takut - Individu Yang Ugut Bunuh Indra Putra.

Troll.

Tapi tak kena gaya. Alih2 dia yang kena troll secara berjemaah.

Wakaka..


Sebenarnya dia ingat dia sedang troll di facebook. Tapi sebaliknya apa yang berlaku ialah pengguna facebook bersepakat dengan Harian Metro untuk troll dia balik. Mao kelam kabut dia menjawab. 

Last2 minta maaf dan buat laporan polis untuk melindungi diri dia.

Itulah. Orang bergurau, kita pun sibuk nak bergurau. Orang bergurau kena tempat, awak bergurau tak kena tempat. Tak pasal2 jadi isu. Kan dah menyusahkan diri sendiri. Yang lebih teruk jadi mangsa troll. Lepas tue ramai la yang akan ejek2 dia takutkan lipas. Perlu ke pun buat pengakuan macam tue?

Adoyaiii..

Lihat bawah ;


“Saya memohon maaf kepada pengadil dan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan), memang saya silap, saya mengaku dan ia pengajaran buat saya.
“Sedangkan lipas pun saya tak berani bunuh, inikan pula bagi mendapatkan khidmat pembunuh upahan, status yang dihantar dalam laman sosial Facebook (FB) itu hanya gurauan tanpa sebarang niat,” kata pengguna FB yang menggunakan pengenalan diri sebagai Boy Nazrie di sini, semalam.

Boy Nazrie dipercayai individu yang bertanggungjawab menulis kata-kata berbaur ugutan terhadap Indra Putra selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, Sabtu lalu yang berakhir dengan The Red Warriors (TRW) menewaskan JDT 6-1.
Boy Nazrie, 31, seorang peniaga berkata, dia tidak menyangka status dikongsi dalam FB itu mengundang masalah kepadanya kerana ia hanya dikongsi bersama rakan dikenali dalam laman sosial berkenaan.

Menurutnya, malah status berkenaan yang dikongsi pada malam Sabtu lalu selepas perlawanan kedua-dua pasukan turut diulas enam individu lain. “Saya mempunyai 200 rakan FB dan sebelum ini tidak pernah menghadapi sebarang masalah. “Bagaimanapun, saya keliru dengan perbuatan individu tertentu yang menyalin status saya dan meletakkannya di beberapa saluran laman FB menyebabkan ia mendapat perhatian ramai,” katanya.

Katanya, memburukkan keadaan, status berkenaan juga mendapat teguran dalam kalangan penyokong TRW. “Saya dan isteri yang kini hamil tujuh bulan bimbang isu ini diperbesarkan. Sejak kejadian, saya masih belum menatap FB saya untuk mengetahui perkembangan terkini pelbagai perkara.

“Saya berharap penyokong TRW, Indra Putra selain pengadil perlawanan berkenaan tidak mengambil serius berkaitan status FB saya,” katanya.

Menurutnya, pada Ahad lalu, dia menerima mesej peribadi dalam FB daripada seorang kenalan yang memaklumkan perkara berkenaan.

“Selepas itu, saya sentiasa dalam keadaan tidak tenang hingga tidak mampu bekerja dengan selesa dan bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga,” katanya. Boy Nazrie berkata, dia juga bimbang ada pihak yang tidak memahami keadaan yang dilaluinya ketika ini.

Menurutnya, bagi keselamatan diri, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Bandar Putra, Segamat, baru-baru ini.

Dalam pada itu pemain bola TRW, Indra Putra dah pun memaafkan Boy Nazrie, lelaki yang ugut nak bunuh Indra di laman facebook..

==> “Sedangkan Nabi Muhammad SAW ampunkan umatnya inikan pula saya manusia biasa. Walaupun tidak mengenalinya saya menerima permohonan maafnya,” kata Indra Putra Mahayuddin, 36, mengulas permohonan maaf seorang lelaki yang membuat ugutan bunuh terhadapnya di laman sosial Facebook.
Katanya, tidak dinafikan, sebaik tersebarnya ugutan itu, ramai peminat dan kenalan rapat menghantar SMS kepadanya supaya mengambil tindakan segera namun dia enggan kerana perlu berbincang dengan majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terlebih dahulu.
“Sebelum sempat berjumpa KAFA, saya dimaklumkan lelaki yang membuat ugutan itu secara rela hati ingin memohon maaf terhadap ‘keceluparannya’ itu. Walaupun tidak mengenalinya, saya sedia memaafkannya tetapi bersyarat. “Saya minta dia (Boy Nazrie) tidak lagi mengulangi perbuatannya itu walaupun kenyataan yang dikeluarkannya mungkin sekadar gurauan, namun mampu memberi impak besar serta boleh mendatangkan kesan serius sekiranya ia benar-benar berlaku,” katanya

Rujukan : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013100903251320131009032513//Article/index_html