t>

Breaking News

SPAD Cadang Tambang Teksi Baru Tahun Depan.

Benda la kerajaan neh.


Mula2 ko kata kenaikan minyak tidak akan menyusahkan pengguna. Lepas tue tidak akan menjejaskan apa2 perkhidmatan, tapi alih2 ko sendiri bersetuju yang tambang teksi kena naik sebab berdepan dengan pelbagai kenaikan.

Cuba fikir sejenak. Fikir betul2. Siapa naikkan harga minyak? Err ataupun siapa turunkan subsidi minyak?

Nampaknya lagi 2 bulan kena la pengguna2 teksi tegar bersiap sedia dengan tambang baru. Tambahan kos lagi tue.

Bersyukur je la.

Wakaka..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemukakan kertas cadangan kadar tambang baharu perkhidmatan teksi untuk seluruh Semenanjung kepada Kabinet pada suku pertama tahun depan berikutan kenaikan pelbagai kos pada masa ini.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata kadar baharu itu akan ditentukan selepas SPAD mengambil kira hasil kajian, melakukan semakan secara holistik serta mendapatkan input serta maklum balas daripada pihak terlibat dalam sektor itu.
    
"Kadar itu juga mengambil kira komponen teksi iaitu kenderaan, peralatan, bahan api, penyenggaraan, 'overhead' dan kos buruh selain kos sara hidup dan kualiti perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi di sini, hari ini.
   
Program itu dihadiri wakil persatuan-persatuan pemandu teksi, persatuan pengguna, aktivis masyarakat serta kementerian pengangkutan dan pelancongan.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/spad-kemuka-cadangan-tambang-baharu-teksi-tahun-depan