Suami Norazita Rayu Henti Sebar Gambar Ngeri Arwah.
Rayuan buat sekian kalinya. Bila orang dah minta delete, delete la. Masih terdapat page dan blog yang menyiarkan video rakaman rompakan dan bunuh juga gambar mangsa..
Tak boleh bertolenrasi ke?
Orang minta delete cara baik. Orang minta tolong. Delete aje la. Marila kita menjadi lebih memahami..
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131024/je_14/Suami-Norazita-rayu-henti-sebar-gambar-ngeri-arwah#ixzz2idsFQTWY
Tak boleh bertolenrasi ke?
Orang minta delete cara baik. Orang minta tolong. Delete aje la. Marila kita menjadi lebih memahami..
Suami kepada pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya selepas kejadian itu di Internet.Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga."Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.18 petang semalam, Norazita maut akibat ditembak di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari bilik kebal bank tersebut.Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun sejurus pintunya dibuka.Beberapa jam kemudian gambar di tempat kejadian yang menunjukkan keadaan mangsa yang berpakaian baju kurung merah terbaring dengan keadaan wajah yang mengerikan akibat terkena tembakan itu tersebar di laman-laman sosial.Malahan hari ini rakaman video kejadian itu pula tersebar.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131024/je_14/Suami-Norazita-rayu-henti-sebar-gambar-ngeri-arwah#ixzz2idsFQTWY