t>

Breaking News

BERNAS Di Swastakan - Harga Beras Pun Nak Naik Juga?

So sekarang beras pun nak naik harga? Oke. Apa lagi yang taknak naik harga? Semua benda pun dah naik harga. Semua benda pun nak naik harga. Memang gile babi ah semua neh. Silap2 boleh jadi gila sebab tertekan sangat dengan kenaikan harga barang di Malaysia. Kos sara hidup tinggi nak mampos. Macam mana nak survive kalau dah semua benda pun naik harga?

 Tindakan kerajaan pusat menswastakan syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mengancam kitaran sumber makanan utama negara dan menyebabkan harga beras pada kawalan syarikat yang memonopoli komoditi itu.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata tindakan penswastaan industri beras pada monopoli individu hanya mendedahkan harga beras kepada spekulasi yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.
Mohd Azmi Abdul HamidKatanya, kerajaan pusat perlu mempunyai kuasa dan kepentingan dalam industri utama negara khususnya makanan kerana ia adalahperkara asas rakyat Malaysia.
“Penswastaan ini satu perkara yang tidak patut berlaku dan kerajaan pusat perlu campur tangan serta memperbetulkan keadaan supaya tidak dibolot satu syarikat sahaja,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari yang didakwa mengambil alih sepenuhnya syarikat BERNAS untuk keuntungan peribadinya.
Anwar berkata, niat asal penubuhan BERNAS adalah untuk melindungi kepentingan petani dan pengedar Bumiputera sudah tersasar apabila kerajaan pusat membenarkan syarikat itu dimonopoli pihak tertentu.
Azmi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan harga beras akan meningkat seperti yang berlaku terhadap kenaikan harga gula sebelum ini.
“Apabila satu barangan komoditi dibolot sesebuah kartel atau syarikat besar, maka ia akan terdedah kepada kenaikan kos kerana hanya mementingkan keuntungan.
“Kita tidak terkejut jika harga beras akan dipulangkan kepada pasaran untuk ditentukan harganya,” katanya.
-NFN-