t>

Breaking News

Fenomena Global Punca Kenapa Astro Naikkan Caj Langganan - ASTRO.


Fenomena global.

YA.

Antara jawapan yang diberikan oleh Astro ialah ini semua fenomena global. Izinkan aku gelak dalam ahti sebentar, boleh tak?

Pftttttt

If you want to come out with a reason to your customer pun, bagi la yang solid der. Sesuatu yang sukar untuk pelanggan2 pertikaikan. Fenomena global? Fenomena global my foot.

Nak aje aku tunjuk jari tengah kat depa neh. Mengarut kemain.

Aku dah sebut dulu. Dan aku akan sebut untuk hari2 yang mendatang. Kenaikan caj astro tiada kaitan dengan fenomena global ke apa ke. Kenaikan kos operasi itu seme salah dan masalah yang Astro sendiri cari. Aku tetap berpendirian mengatakan bahawa ;

Astro wujudkan pelbagai channel demi channel.

Dari situ kos operasi mereka meningkat

So depa serap dari customer

Padahal channel banyak2 pun citer ulang2. Ngaper tak kecikkan channel? Paler hotak ko letak channel banyak2 tapi dalam setiap channel2 tersebut citer stok ulang2 je. Jadah apa macam tue? Then kewujudan channel demi channel neh pun semata2 nak luaskan peluang Astro merembat duit orang. Kos operasi yang meningkat katakanlah 0.01sen je secara purata jika dibahagikan dengan semua jumlah pelanggan Astro, yang naik ialah rm2 paling kurang bhai. Ini fenomena global gak ke? Yang tak langgan pakej sukan pun turut terjejas, apa cerita?

Kalau ko kecikkan jumlah channel ko = kos operasi berkurangan = lebihan wang untuk cover peningkatan kos dalam siaran sukan. Tak boleh fikir macam tue ka?

Yang tak langgan channel sukan pun nampaknya terjejas dengan fenomena global la sangat korang neh kan?

Alasan macam chelakey. Tak puas ahti bila aku cakap neh? Nak marah, marah la. Ada aku kisah.

Rujuk sini juga ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/astro-umumkan-kadar-baru-bermula.html

Baca bawah ;
Peneraju perkhidmatan televisyen berbayar, Astro mempertahankan keputusan mereka untuk menaikkan kadar caj bulanan kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. 
Salah satu punca utamanya adalah kerana sebahagian besar program siaran langsung sukan yang dibawa oleh Astro melibatkan kos yang sangat tinggi. 
Ia kata Astro adalah satu fenomena global yang terpaksa ditanggung oleh para pembayar dan Malaysia tidak terlepas daripada dikenakan caj yang sama.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, kos untuk membawa siaran langsung Liga Perdana Inggeris telah meningkat sehingga 2000 peratus sejak ia mula ditayangkan pada tahun 1997.
 
Malah katanya, apabila kos tersebut telah capai ke satu tahap yang tidak boleh lagi ditanggung oleh penyedia perkhidmatan, ia terpaksa dikongsi bersama oleh para pelanggan. 
Misalnya, Astro terpaksa mengenakan caj tambahan sebanyak RM6 lagi ke atas pakej saluran sukannya dan RM2 lagi ke atas pakej familinya. Ia kata Tan tidak dapat dielakkan lagi. 
Ini bermakna bermula 24 November ini, Pakej Famili Astro akan dicaj pada kadar RM39.95 daripada harga sekarang sebanyak RM37.95 manakala Pakej Sukan Astro akan dinaikkan menjadi RM82.95 berbanding RM74.95 sekarang. 
Tambah beliau, persaingan untuk memperolehi hak eksklusif penyiaran turut menambah kepada tambahan kos tersebut kerana permintaan ke atas siaran langsung Liga Perdana Inggeris misalnya sangat tinggi di negara Asia khususnya di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Singapura. 
Rantau ini sahaja merangkumi 43 peratus daripada kos hak penyiaran di luar Britain. Bagaimanapun Tan menegaskan yang Astro adalah rangkaian penyiaran yang memberikan pakej liputan terbaik untuk saluran sukan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.
Astro perlu melabur berbilion ringgit untuk membawa pelbagai siaran langsung acara sukan khususnya bolasepak ke kaca televisyen dan kepada para pelanggannya ~ mStar