t>

Breaking News

Masjid Di Malaysia Dah Pupus Ke Sampai Ko Bersolat Di Tempat Awam?

Korang perasan tak?

Bila ada sesiapa bersolat di kawasan terbuka, dan ada sesiapa pula terserempak dengan situasi tersebut, dan sesiapa itu akan tangkap gambar dan upload di facebook dengan tujuan puji pujian and then akan datang la komen2 yang negatif menuduh2 orang2 dalam gambar tersebut riak bagai sebab menunjuk2 bahawa mereka solat.

Kalau ko memang pengguna facebook, especially di page2 politik, ko memang akan nampak komen2 berbaur sindiran halus kepada mereka2 yang bersolat di kawasan terbuka.

Yang sebenarnya, pernah tak ko terfikir bahawa ;

1. Yang solat tue orang lain, yang tangkap gambar dan pergi sebarkan tue orang lain?

2. Orang yang solat tue mungkin mahu bersegera menunaikan solat apabila sudah masuk waktu solat dan bukan la dengan niat nak menunjuk2?

3. Orang yang solat itu mahu menyatakan melalui perbuatan dia, bahawa di mana2 saja, kita boleh bersolat bila kita mahu. Tempat [macam masjid jauh, surau jauh, penuh] tak boleh dijadikan alasan langsung asalkan kita ada keinginan untuk menunaikan solat?

Jadi pernah tak ko terfikir kadang2 korang marahkan orang lain, tapi orang lain yang jadi mangsa? Dan satu lagi, pernah tak orang2 yang tangkap gambar orang2 bersolat neh minta izin dari tuan punya badan untuk tangkap gambar dan upload di facebook?

Bayangkan jika satu hari tetiba ko buka wall dan orang kutuk2 ko, individu dalam gambar tersebut tanpa ko sendiri tahu bahawa gambar ko dirakamkan.. dan disebarkan atas sesuatu tujuan, tahu2 aje semua orang kutuk2 ko sebab meriakkan amalan solat. Agak2nya apa perasan ko? Marah pada si pengutuk ataupun marah pada tukang upload?

Rujuk gambar sebagai contoh.  Untuk rekod, gambar merujuk kepada station Petronas yang baru dibuka di Taman Midah, Cheras. Kurang pasti samada mereka tutup perniagaan sementara pada waktu Mahgrib atau apa.. 

 
Mostly memuji. Seperti yang kita sedia maklum. Mostly memuji. Tapi ada juga yang salah sangka disitu. Ada yang ingat bila gambar2 macam neh bertebaran di laman internet, mereka cuba meraih simpati, sokongan ataupun bersikap riak dalam amalan2 mereka. Bahkan ada yang pertikaikan bab kebersihan dan juga ruang solat. Kenapa tak guna masjid, surau dan sebagainya? Perlu ke tunjuk depan2 orang ek?

Sebenarnya salah tue. Kalau kita sentiasa negatif, maka negatif la yang kita akan nampak akhirnya. Cuba bayangkan ko pegang risalah. Dalam risalah tue tertulis kempen derma organ. Ko nak bagi kesedaran pada orang2 melayu mengenai kesedaran menderma organ selepas mati. Bila ko baca stastistik ko melihat ahli2 penderma organ ialah orang2 cina. Orang2 kafir di negara ini. Yang menerima pula majoriti adalah orang2 Islam. Menderma, berdosa. Menerima, tak berdosa? Majlis fatwa pun dah keluarkan hukum. Tapi ramai melayu2 di luar sana cukup takut dengan istilah menderma organ selepas mati. Jadi ko pergi dari satu tempat ke satu tempat, edarkan risalah supaya orang2 melayu ini sedar betapa bagusnya kesedaran menderma organ ini. Jadi ini kempen ko, strategi ko untuk memberikan kesedaran kepada melayu2 yang masih takut untuk bersetuju dengan perkara ini.

So sama konsepnya dengan solat secara terbuka seperti dalam gambar di atas. Mereka lakukan secara terbuka bukan kerana riak [jika itu sangkaan pertama ko] tetapi kerana mahu mendakwahkan kesedaran mengenai kepentingan amalan solat sebenarnya. Bukan kah Islam itu sendiri merupakan dakwah? Jika amalan bersolat di kawasan terbuka ini boleh memberikan kesedaran kepada orang yang lalu lalang mengenai solat, apa salahnya? Mungkin sesiapa yang ternampak akan terfikir, alamak aiiii aku tak solat lagi neh beb. Aku nak solat la. Jadi kesedaran itu mungkin timbul. Tahu ke kita? Kita tak tahu kan. 

Cuma situasi di Malaysia benda ini agak janggal berbanding di negara2 Arab. Bagi mereka melihat manusia yang bersolat di kawasan terbuka, ia sesuatu yang agak pelik, bahkan ada yang memilih memberikan persepsi yang negatif.

Sebenarnya kalau pun ko nak marah sangat, jangan dimarah pada yang bersolat itu. Sebab tukang bersolat langsung tak tahu sepatah haram yang aksi mereka dirakamkan dan disebarkan di internet. Jika ia perlu untuk ko marah, maka marahkan tukang yang tangkap gambar. Tapi tukang tangkap gambar pun sebenarnya sebarkan dengan niat dakwah. Memberikan kesedaran bahawa kita boleh bersolat di mana2 saja apabila waktu solat sudah tiba. Masjid, surau bukan alasan untuk meninggalkan solat apabila sudah masuk waktu.

Di samping itu, harus ko ingat tak kira la ko bersolat kat mana2 sekalipun, setiap inci tanah yang wujud kat dunia ini ialah tanah yang Allah ciptakan. Masjid ialah rumah Allah kecik, bumi ini ialah rumah Allah yang besar. Harus ko tahu itu.

Oke bai.