t>

Breaking News

Melayu Mula Dengki Ustaz Kazim Masuk Umno..

Kenapa ianya menjadi satu kesalahan untuk mana2 ustaz masuk mana2 parti politik dan bergiat aktif dalam parti politik yang mereka sertai?

Semalam telah di umumkan menerusi berita bahawa Ustaz Kazim telah dilantik menjadi salah satu ahli majlis tertinggi UMNO bagi melengkapkan proses transformasi parti tersebut. Maka ramai la yang respon. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Masing2 berhak suka dan tak suka sebenarnya. Itu hal masing2. Cuma dalam pada suka dan tak suka itu biarlah berlandaskan atas alasan yang benar2 logik dan rasional.

Sebelum neh pun Ustaz Kazim memang suka juga buat hal dengan pembangkang. Tak dapat dinafikan perkara tue. Siri ceramah dia yang mengutuk pembangkang atas tuduhan yang tidak terbukti memang menyakit ahti la juga kalau dengar. Lebih2 lagi bila dia buat statement cakap nak berhenti berceramah sebab kena ugut bila mengulas isu politik. Ramai juga yang menyampah bila dia cakap macam tue sebab cara dia seolah2 nak mengatakan bahawa penyokong2 pembangkang tak raikan perbezaan dalam politik sampai nak ugut2 orang. 

Dia tak pernah mention siapa tetapi semua orang tahu kumpulan mana yang dia cuba gambarkan. Dia tak pernah report polis bila kena ugut tapi dia pergi heboh satu negara kata dia kena ugut dan nak berhenti ceramah disebabkan ugutan tersebut. So ramai la juga yang sangka teruk juga puak2 politik neh. Main ugut2 ustaz pula. Kan tak elok buat benda macam tue? Tah sapa tah yang ugut dia. Aku sampai sekarang memang tak percaya langsung cerita ugutan tue. Kalau nak di ikutkan sepatutnya dia last berceramah pada 28 November 2013 ikut kata2 dia sendiri yang dipetik menerusi Harian Metro. Tapi dia still rileks berceramah.. mungkin juga dia lupa janji2 dia.. elok la juga dia masuk parti politik janji dicapati tue.. dah ngam le tue. Sama2 pandai berjanji dan sama2 tak menepati janji.

Haha..

Apa pun itu cerita lain oke. Yang aku heran sekarang ramai la yang dok sebarkan benda kat bawah neh hah ;


Motif jek nak bagitau yang dia ahli PAS dah kenapa? Itu citer tahun bila. Ini citer tahun bila? Bila dia dah masuk PAS takan sampai bila2 dia tak boleh keluar dari PAS? Sapa2 yang pernah ikuti ceramah dia memang sedia maklum dia pernah buat pengakuan bahawa dia dulu ahli PAS. Ikut jemaah PAS. Tapi kecewa dengan cara PAS. Ini bukan rahsia lagi kot. 

Tapi ceramah2 politik dia memang membosankan la kalau dengar. Kalau nak dengar siap2 la dengan bantal sekali sebab memang boring gileee..

Ceramah2 dia selain dari politik oke. Biarlah orang nak kutuk2 dia menyanyi ke apa ke janji kalau benda2 tue bukan benda2 tak elok malas aku nak kutuk. Aku bukan jenis kutuk sekali harung. Satu benda tak betul dia buat nak palitkan pada benda lain. Tengok situasi la juga. Pandai2 la lue hidup asing2kan subjek kan.

Bukanla aku bagus mana. Tapi hentikanla dengki tak tentu pasal neh. Biarla dia nak join mana2 parti politik pun. Hak dia semua tue. Dia nak terima perlantikkan dia sebagai ahli MT UMNO pun hak dia. Tak payah nak riuh semacam la. Itu adalah hak tuan punya badan nak terima apa2 jawatan sekalipun. Ko dan aku sapa nak bising tak tentu pasal? Lagipun ini UKE la. Bukan MAZA. Kalau MAZA boleh la kita merayu bagai jangan bagi dia masuk mana2 partisan. Dia perlu menjadi BEBAS supaya hak2 rakyat macam kita terbela. UKE mana pernah jadi adil selama neh. Dia memang berpihak pun. Kemasukkan dia dalam UMNO ada merugikan sesiapa ke? Takde kot. Lantak kan la disitu pun. Biarkan dia. Alangkah dia tak masuk UMNO, tak menjadi ahli MT UMNO pun dia dah bersuara dan berlagak macam orang UMNO so apa masalahnya dia menambahkan lagi gen UMNO nya dengan memasuki UMNO secara rasmi?

Melayu melayu..nak mendengki pun biarlah pada orang yang sayang.. 

Ini mendengki pada orang yang langsung tak heran ko tue sapa.. bahkan menyampah lagi sebab ko tue pembangkang..

Buang masa aje semua neh..

Hahaha..