Pemilik Senapang Paintball Diberi Masa Sebulan Serah Senjata Atau Akan Di Dakwa.
Aku pernah pegang sekali. Sekali aje la. Aku tak berapa tahu sangat jika senapang paintball neh ada macam2 reka bentuk oke. Aku kekurangan info bab neh. Tapi hasil dari pengalaman aku tue, aku tak nampak pula benda neh merbahaya.
So bila PDRM buat arahan macam neh aku siyes cakap, aku keliru. Aku tak berapa faham sangat kenapa nak keluarkan arahan tersebut. Adakah sesiapa telah mati angkara senapang neh ataupun senapang neh boleh dimodified untuk menjadi senapang betul? Still aku tak faham bagaimana..
Lihat statement PDRM kat bawah neh sat ;
Individu yang memiliki dan menyimpan senjata tiruan termasuk untuk kegunaan sukan seperti paintball marker dan senapang angin diberi sebulan untuk menyerahkannya kepada polis bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap mereka.
Pengarah jabatan logistik polis Datuk Zulkifli Abdullah berkata, lesen senjata itu hanya boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dengan modal berbayar RM 400,000 atau kelab sukan yang diiktiraf Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Menurutnya lagi, ia tidak boleh dipohon individu.
"Pemilikan paintball marker, airsoft gun dan BB gun tanpa lesen sah adalah salah mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan boleh membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan," kata beliau dalam sidang media di Bukit Aman hari ini. -MK-
So what?
Akhirnya ia berkaitan dengan lesen dan blabla.. bukan isu keselamatan dan sebagainya yang menjadi tajuk utama? Adakah ini sebagai satu ura2 atau petanda untuk membuka lesen persendirian kepada pemilikkan senjata paintball pula selepas ini?
So it's about money money money and money?
Aku rasa PDRM kita terlalu menekankan benda2 yang kurang penting. Aku taknak persoalkan kerja PDRM. Aku bukan anti PDRM. Jauh sekali nak memperlecehkan tindakan2 PDRM. Mungkin benar ada asasnya kenapa mereka mewajarkan tindakan2 di atas. Tetapi tidak kah ia akan menimbulkan persepsi negatif pada kaca mata umum bilamana ko melarang mereka memiliki senjata paintball disebabkan mereka takde lesen? Kalau nak cakap ia boleh menjadi senjata pun.. ia tak tertakluk kepada senapang paintball aje kot. Parang, kayu, even batu tepi jalan pun boleh jadi senjata kalau ko hentak orang. So mahu lesenkan semua benda2 begitu?
Please la..
Jangan la buru orang2 yang simpan senjata paintball ini. Jangan la dakwa mereka2 yang download filem melayu kat internet. Tak perlu la kejar sampai ke rumah setiap mereka2 yang gagal melunaskan saman dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aku rasa semakin lama semakin pelik skop tugas polis neh.
Mereka lebih giatkan usaha untuk tumpu perhatian atas benda yang remeh temeh berbanding isu2 yang lebih kritikal kepada rakyat seperti tahap keselamatan dalam negara, kadar jenayah yang semakin tinggi dan juga bagaimana mahu menyelesaikan kes2 tertunggak yang semakin lama semakin tinggi bilangan kes nya. Untungla korang kalau kereta hilang dapat ditemui. Rumah dimasuki pencuri, pencuri dapat ditangkap, barang hilang dapat ditemui.. di Malaysia kebanyakkan kes2 yang jenayah yang mangsanya ialah rakyat marhaen, kita akan lihat jumlah report memang menimbun. Tapi jumlah kes yang berjaya diselesaikan? Kirim salam je la. Report jadi satu dokumen rasmi yang barang kita pernah hilang dan.. setakat itu je la.. itu sebab insurans sangat laku di negara ini..
FIkir2kan la ek..