t>

Breaking News

Iklan-Iklan GST Yang Memperbodohkan Rakyat.

Sapa ada tengok iklan GST kat tv baru2 ini? Kalau korang ada tengok mesti perasan sejak dua menjak neh iklan2 pasal GST bersepah kat tv tue. Bahkan iklan2 tersebut juga bersepah atas jalan sekarang neh.

Antara billboard GST yang disediakan oleh kerajaan untuk memujuk rakyat agar menerima 
GST ;



Bukan la salah pun jika kerajaan nak menerangkan kepada rakyat mengenai apa itu GST. Cuma kenapa format iklan dia tersangatlah memperbodohkan rakyat?

Contohnya dalam iklan tv. Di beritahu ada dua cukai yang dikenakan kepada rakyat selama ini. Cukai jualan + cukai perkhidmatan = 10%. Namun selepas GST, kedua2 cukai itu akan disatukan dan menjadi 6% sahaja.

Tapi kenapa tak buat perbandingan dari segi harga? Setakat beri percentage of cukai. Tapi dari segi nilai tak nak bagitau pula. Kenapa? Ini yang kami syak ada fakta2 yang sengaja disorokkan.

Begitu juga bila iklan tersebut bagitau bahawa 160 buah negara sudah laksanakan GST. Tapi tak ceritakan secara detail adakah kesemua negara2 tersebut dapat menanggani kesan negatif hasil dari pengenalan GST. Memang la setiap negara2 tersebut melaksanakan GST. Tetapi itu bukan lah bermaksud bila mereka melaksanakan GST, pengurusan kewangan bagi negara2 tersebut menjadi bertambah baik, betul tak? Melaksanakan GST satu topic, memastikan GST tidak menjejaskan rakyat, topic yang lain pula. Kenapa nak perbodohkan rakyat sampai macam neh sekali?

Jika kita google pun negara2 yang sudah laksanakan GST, mereka juga kondem pelaksanaan GST kat negara2 mereka. Ada yang positif juga. Bergantungla. 

Begitu juga bila GST di kupas dari sudut pendidikan, perubatan dan pengangkutan. Macam la kat semua tempat ada disediakan kemudahan pengangkutan. Bak kata seorang pengomen di facebook, billboard GST yang mengajak rakyat naik pengangkutan awam tue ada yang diletakkan di tempat yang tiada akses kepada pengangkutan awam seperti bas. Tak rasa lawak ke?

Iklan2 GST yang kerajaan sedang market neh bukan nya nak didik orang agar faham mengenai pelaksanaan GST. Sebaliknya ajar rakyat agar mengelak dari dikenakan GST. Naik pengangkutan awam, sebab pengangkutan awam takde GST. Masuk universiti kerajaan sebab universiti kerajaan takde GST. Bullshit apaan ini? 

Hari2 orang keluar masuk universiti ke apa? Boleh suka2 tentukan universiti mana yang rakyat boleh keluar masuk sedangkan yang buat keputusan itu orang lain sebaliknya rakyat hanya mampu apply aje.. tak rasa bangang ke buat iklan macam neh?

Kita sebagai rakyat juga berfikir. Jika BN benar2 yakin pelaksanaan GST ini tidak akan menjejaskan rakyat, tidak akan meningkatkan kadar inflasi semasa, tidak akan merendahkan kuasa beli rakyat, tidak akan meningkatkan kos sara hidup, golongan yang berpendapatan rendah dan serdahana tidak akan meningkat, maka didik la rakyat agar memahami bagaimana sistem GST itu beroperasi. 

Instead memilih kaedah menerangkan kaedah pelaksanaan GST kepada rakyat, mereka memilih untuk mengajar rakyat agar mengelak dari GST. Nampak sangat ada sesuatu yang tak kena pada GST sehingga rakyat perlu mengelak dari dikenakan cukai itu.. bila kerajaan sendiri market agar kita jauhkan diri dari GST takan pula kita masih nak terima GST? Fikirlah sendiri ooiiii