t>

Breaking News

Sedih Digelar Macai Ustaz Kazim Bertindak Keluar PAS.


Itula kata2 UKE.

Maaf aku rasa pelik sket la. Betul ke UKE keluar PAS kerana digelar macai UMNO? Macam tak kena aje dengan alasan yang dikemukakan.

Haha.

Setahu aku la kan ;

1. Najib umumkan barisan ahli MT tambahan.

2. Bukan cadangan lantikkan tapi memang dah terlantik terus.

3. Then UKE buat PC.. Dari lagak penjelasan dia seolah2 cuba nak gambarkan dia tak tahu menahu isu perlantikkan tersebut. Tapi aku rasa dia memang tahu sejak awal.

4. Then UKE mengaku dia ahli PAS. Belum pernah dipecat. Tiada apa2 surat yang mengesahkan dia bukan lagi ahli PAS. Tindakan ini dilakukan sebab pemuda PAS Perak dedahkan info bahawa UKE masih lagi seorang ahli PAS berdaftar.

5. Then TITM bertindak membidas tindakan bodoh pemuda PAS Perak yang diperlihatkan gila meroyan terhadap tindakan UKE memilih UMNO sebagai wadah politik. TITM mengesahkan UKE dah dipecat pada Mei 2013 yang lepas.

6. Then family UKE balik ke kampung. Sedih dan tertekan dengan segala macam tohmahan yang dilemparkan terhadap UKE. Bagi mereka UKE telah difitnah dan disalah anggap secara keterlaluan oleh sesetengah pihak.

7. Then UKE umum keluar PAS. Akan duduk dalam MT UMNO. Akan berbakti pada agama. Ini semua disebabkan PAS sudah hilang matlamat perjuangan asal mereka. Tindakan penyokong2 PR gelar dia as MACAI UMNO juga membuatkan dia mengambil keputusan tersebut.

MAAF!




Aku tak nafikan yang ada sesetengah pihak telah melemparkan label2 yang keras terhadap UKE. Aku pun tak terima gak label2 yang keras bersifat tuduhan dan melampaui batas tue.

Tapi nak kata UKE masuk UMNO disebabkan digelar macai UMNO pun aku rasa tak betul juga. Kenapa tidak UKE mengaku aje terus terang yang dia masuk UMNO untuk kukuhkan kedudukan sekolah agama dia?

Takpelah. Jika UKE rasa dia boleh membersihkan UMNO dari dalam silala buat. Tapi jangan sampai terjebak pula. Jamil Khir, Mashitah dan UFB dah jadi contoh. Bila wang jadi keutamaan, agama jadi mainan. Mampukah UKE bertahan? Kita tunggu dan lihat sama2.