t>

Breaking News

Tersingkap Sudah Misteri Kehilangan 3 Beradik.



Rasanya ketika ini rakyat Malaysia rata2nya tertumpu kepada kisah menyayat ahti kematian 3 adik beradik secara misteri dan mengejut. Mula2 kes tersebut dikaitkan dengan jenayah rogol. Ikut laporan berita awal. Kemudian laporan berita tersebut dinafikan oleh hasil siasatan PDRM.

Polis mengatakan analisis forensik mereka tidak langsung menemui tanda2 remaja berusia 14 tahun itu telah dirogol. Tetapi mangsa dikatakan mati lemas. Sejam selepas remaja berusia 14 tahun itu dikebumikan, ibu bapa mangsa sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian 2 lagi anak2 mereka yang dilaporkan hilang bersama anak sulung mereka yang telah ditemui mati ketika itu.

Polis beranggapan ada sesuatu yang misteri dengan kes jenayah ini disebabkan ;

1.Motor yang dinaiki oleh 3 adik beradik itu ditemui dalam keadaan baik dan berkunci.

2. Motor diletakkan berhampiran pondok menunggu bas.

3. Jangan2 penjenayah ada gunakan motor tue tak? Tak boleh periksa cap jari dan sebagainya ke untuk cari bahan bukti?

4. Mangsa pertama ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel. Tetapi polis mengesahkan tiada perlakuan seks dikesan. Tanda2 pergelutan pun takde. Cuma pada badan mangsa ada kesan calar2. Mangsa mati akibat lemas.

5. Dua mangsa yang lain pula juga ditemui mati di dua lokasi yang berbeza. Tetapi masing2 di tali air. Punca kematian belum lagi didedahkan oleh polis. Tetapi kematian dua beradik ini juga mengemparkan negara selepas kakak mereka ditemui mati dengan mangsa paling kecil hanya berusia 3 tahun.

Rakyat berharap polis boleh bersegera menangkap pihak2 yang terlibat dalam kejadian jenayah ini. Sesungguhnya penjenayah makin menjadi2. Duit gaji yang di ambil pun tak ditemui dari lokasi mangsa ditemui. Apa pun kita tunggula polis umumkan hasil siasatan yang lengkap. Dan kepada keluarga mangsa diharapkan sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Rakyat hanya mampu mendoakan agar pelaku jenayah dapat ditahan secepat yang mungkin dan dihukum sekeras kerasnya bagi memberikan keadilan kepada keluarga mangsa.