t>

Breaking News

Harga Sate Turun Kalau Anwar Menang Di Kajang - Azmin Ali.

Buat lawak aje kot. 


Mari sangka baik. Dia buat lawak aje. Semalam yang pasal bersyukur tue pun dia buat lawak juga. Yang neh pun lawak juga. Pakat2 gelak sudah la dengan lawak2 yang dia buat neh. Pandai Azmin Ali buat lawak.

HAHAHAHA..


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengandaikan bahawa sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan di Dun Kajang bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) juga turut akan turun daripada tampuk pemerintahan. 
Menurut Azmin, pihak BN, selalu 'membuat lawak' dengan mengatakan bahawa Anwar akan berjanji untuk turunkan harga satay Kajang sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut. 
"Hari ini saya hendak beritahu kepada orang Umno-BN, kalau Anwar menang di Dun Kajang, bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya BN juga akan turun," katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini. 
Pencalonan Anwar di Dun Kajang mencetuskan pelbagai polemik, ada yang menyifatkan peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh di kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang bertanding di situ sebagai satu pengkhianatan kepada penduduk Kajang. 
Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai Adun diumumkan oleh Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh kelmarin. 
Semalam, PKR mengumumkan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu ~ Sinar Harian