t>

Breaking News

Holly Water Tidak Sesatkan Umat Islam - PAS

Setuju sangat dengan pendapat ini.

Baru2 neh terdapat penyebaran dari wassap ke wassap atas dua isu.

1. Isu membabitkan air Holly Water. Dikatakan ia diedarkan sekitar Gombak. Tetapi hasil siasatan mengatakan perkara itu tak berlaku pun. Boleh jadi insiden neh sengaja diwar2kan untuk mengaitkan dengan insiden rampasan bible oleh JAIS. Seolah2 nak bagi tambah burukkan situasi pun ada.

2. Then penyebaran ramai umat Islam murtad akibat minum Holly Water.. macam2 la kisah yang dicopy paste dan disebarkan di wassap. 

Hahaha..

Rujuk ; 




Kenapa ek aku bersetuju?

Pertama. 

Aku percayakan Allah. Aku tak percaya di luar sana ada apa2 air ke apa ke yang berperanan untuk menyesatkan umat Islam begitu saja.

Kedua.

Aku melihat iman dan akidah yang jadi isu sekarang. Bila ko lemah iman, akidah ko tak minum Holly Water pun ko mesti terjejas punya. Kepercayaan ko tak dipupuk dan disemai dengan mendalami Islam. Dengan mengambil tahu, kenapa perlu solat, kenapa perlu puasa, kenapa perlu begitu, kenapa perlu begitu. Ko malas nak amek tahu kenapa Islam agama benar. Bila ko malas polish akidah ko dengan mendalami Islam, usah kata tak minum Holly Water, hatta ko berdisko hari2 pun lama kelamaan ko akan jauh dari Islam sebab terpengaruh dengan gejala Hendonisme.

Yang aku nampak. Apabila seseorang itu keluar dari Islam, dia keluar kerana tidak menyakini Islam itu agama benar. Tidak menyakini Islam itu kepercayaan yang benar. Tidak menyakini perkara2 yang dianjurkan dalam Islam.

Kalau la HOLLY WATER itu begitu hebat, aku rasa dari dulu lagi mestila penganut Kristian dah mula memikirkan macam mana nak pastikan seluruh dunia minum Holly Water. Biar ramai2 masuk ke KRISTIAN. Maka takde la pergaduhan lagi. Dah semua sama agama, satu agama, fikir pun benda yang sama. Agak2 nak jadi **bengong sikit (lari dari kristian) sumbat lagi dengan Holly Water. Sampai bila2. 

Betul tak?

Pokoknya ia permasalahan akidah dan iman.

Kalau ko guna prepaid card, setiap kali kredit habis, ko akan topup, supaya hp ko sentiasa ada kredit untuk kemudahan ko. Betul?

Begitu juga dengan Islam. Ko kena sentiasa cari ilmu berkaitan Islam. Supaya kepercayaan ko tidak longgar. Supaya keyakinan ko tidak luntur. Ilmu Islam tidak akan datang bergolek2 kat ko. Ko sendiri kena usaha, kena cari, kena amek tahu. Sebab bab iman, bab akidah, orang lain tak boleh bantu. Apa yang ko mahu percaya, apa yang ko mahu yakini, tertakluk atas diri ko sendiri. Sudah2la tue salahkan penganut Kristian. Holly Water tue air biasa aje. Takan dengan air biasa pun boleh memurtadkan orang. Agak2 la weh....