t>

Breaking News

Saiful Nang Pengundi Kajang Bidas Anwar Ibrahim.

Sejak semalam.

Lebih banyak yang membalon berbanding yang menyokong. Ataupun mungkin sama banyak. Ataupun mungkin lebih banyak yang menyokong berbanding membalon. Aku tak sure mana satu keadaan nya sekarang.

Kita perhatikan komen Saiful Nang. Pengundi Kajang sendiri. Seperti yang kita sedia maklum. Saiful Nang bukan la totok mana2 parti. Mohon jangan la label dia bukan2. Atau tuduh2 dia terpengaruh dengan permainan UMNO. Kenapa setiap kali orang yang berbeza pendapat mesti dikaitkan dia dengan permainan UMNO? Mengapa bukan mereka2 yang terpengaruh dengan permainan PR?

Hahaha..

Baca ;


Dan ;



Ini hujah Saiful Nang kenapa dia marah sangat ;

KRONIKEL POLITIK RIMBA

Berkenaan status saya tentang DSAI dalam post sebelum ini. Sekarang baru ada masa nak jelaskan. 

Kita sudah sakit politik lama dah. Barisan sana dan Pakatan sini bertanding bukan untuk menunjukkan mereka terbaik TETAPI untuk menunjukkan keburukan lawan. Ia bukan satu fenomena demokrasi yang baik. 

Apabila saya kata saya tak setuju dengan PRK Kajang yang dipermainkan atas survival politik seorang individu bernama DSAI, itu tidak bermaksud saya menjadi penyokong tegar DSN dan Barisan beliau. 

Jika orang tanya, adakah saya kenal DSAI secara peribadi. Saya akan jawab, saya tidak kenal beliau secara peribadi sepertimana kebanyakan anda di sini juga. Termasuk sebahagian yang tak kenal DSN secara peribadi tetapi dah hentam beliau habis-habisan. 

Maka, dari manakah sumber pertimbangan saya? Saya juga sama seperti anda yang boleh menilai "input" dan memproses input dengan mantik (mungkin sebahagian anda tak sampai ke situ memikirkannya). Seperti anda memasukkan air ke sebatang paip sepanjang 1 meter. Anda masukkan air jernih dan bila keluar dari paip itu, air menjadi kuning. Mantiknya, ada bahan warna kuning di dalam paip itu yang telah mengkuningkan air yang asalnya jernih. Itu beza dengan mereka yang tak gunakan mantik, mereka akan mula menyalahkan penuang air, atau mencari telahan mengikut jalan susah pula selepas itu. 

Tak susah untuk jadi bijak. Hanya perlu membuat pertimbangan tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun. Dalam kondisi hari ini yang mana berita benar dan palsu bercampur aduk seperti adunan warna dalam kek lapis Sarawak, anda pun tak pasti mana betul dan mana silap. Maka, nilaikan input dengan sebaik-baiknya. Membaca Harakahdaily tidak menjadikan anda penyokong PAS, membaca Utusan Malaysia tidak menjadikan kita penyokong BN. Dalam hati kita ada secebis pertimbangan yang Allah panggil sebagai "Furqan". Gunakan furqan itu untuk membuat pendirian sendiri dan bukan menyandarkan pendirian anda pada pendirian orang lain. 

 
Sama seperti saya di sini, saya menyatakan pendirian saya sendiri dan bukan pendirian akhbar-akhbar dan blog-blog yang saya intai.

Tidak ada salah DSAI nak jadi MB Selangor. Soal yang menjadikan saya dan rakyat Kajang khususnya naik marah apabila platform pilihanraya menjadi satu yang boleh diperkotak-katik sahaja untuk menjelmakan misi individu ini untuk menjadi seorang Menteri Besar. Mandat yang sudah diberi kepada ADUN sedia ada masih belum tamat, dan ADUN itu pula terpaksa memberi laluan kepada DSAI. 

Saya rasa, cukup di situ dahulu saya menyatakan point kemarahan saya kepada individu bernama Anwar Ibrahim ini. 

Dalam keadaan Malaysia memerlukan pembelaan dalam pembangunan ekonomi dan survival nasional dalam berdiri kita di atas peta dunia, ada orang-orang bermisai kucing yang cuba membuat jenaka. Orang yang sama juga menyelar pelbagai pembaziran seterunya, orang itu juga mengsahajakan pembaziran mandat rakyat Kajang untuk memberi laluan kepada beliau untuk mencapai aspirasi peribadi. 

Saya geleng kepala kuat-kuat dan menampar pipi beberapa kali. NYATA...ini bukan mimpi. Saya masih harap, DSAI tak buat kerja bodoh begini dan banyak hormat mampu beliau kembalikan 


SAIFUL NANG
Tok Mudim
Sungai Ramal Dalam, Kajang
Mantan De-Facto Puchong Jaya



Ini pendapat salah seorang pengundi Kajang. Bagaimana pula yang lain? Ikut pemerhatian aku, DSAI mempunyai peluang yang tinggi untuk menang bergaya. DSAI bukan calon cikai2 beb. Tetapi kuasa Allah mampu menidakkan perkara tersebut.

Tunggu dan lihat.