t>

Breaking News

Tutup Pusat Pelacuran Ialah Perbuatan Tidak Berperikemanusiaan Kata Wanita Ini..

Kes macam ini pun ada? Sepatutnya sebarang penutupan pusat pelacuran itu ko sokong. Sebab ini menganiaya dan menindas maruah wanita. Terpaksa melacur untuk mencari sesuap nasi. Lepas tue bantu dan bimbing mereka untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Mencari rezeki yang halal. Bukan terus melacur. Tak fikir ka apa perasaan anak2 kalau tahu mak dia melacur? Tak fikir ka apa kesan kesihatan kepada tubuh badan wanita itu kalau berterus terusan menjadi pelacur?

Bodoh punya manusia.

Nasib baik bangang dia neh terhad kat Indonesia aje. Kalau kat Malaysia memang aku lempang. Cakap tak guna otak beb.


Baca : 
Jakarta: Seorang pegawai daerah di Jawa Tengah membantah rancangan mana-mana pihak menutup rumah pelacuran kerana perbuatan itu dianggap tidak berperikemanusiaan.
Widya Kandi Susanti dari Kendal, Jawa Tengah berkata, di sebalik pelbagai tohmahan dan cercaan masyarakat, pelacur sebenarnya boleh diibaratkan sebagai ‘heroin’ dalam keluarga mereka. “Menutup rumah pelacuran hanya menimbulkan masalah seperti kemiskinan dan menyebarkan wabak seksual.

“Kita boleh menutup rumah pelacuran dengan mudah, tetapi pada masa sama perlu memikirkan alternatif lain untuk pekerja di situ menyara kehidupan,” katanya.
Widya berkata, pihaknya menawarkan kursus jahitan kepada pelacur di Kendal agar mereka dapat memperoleh wang melalui kemahiran baru itu.

Bagaimanapun, kata Widya, selepas beberapa bulan biasanya wanita terbabit akan kembali memperdagangkan diri mereka. “Wanita terbabit melacur kerana sukar meraih wang yang memuaskan melalui pekerjaan baru itu berbanding menawarkan khidmat seks.

Rujukan : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014012601560920140126015609/Article/index_html

Point dia bab membimbing wanita agar keluar dari lembah pelacuran itu dah betul dah. Tapi bila dia cakap sebarang penutupan rumah pelacuran merupakan satu penindasan (tidak berperikemanusian) memang buat aku rasa nak ketuk2 kepala dia.

Bagi aku, selagi mana ada bapak ayam, selagi mana ada pusat pelacuran selagi itula pelacur2 neh tak boleh dihentikan dari melacur. Mula2 ko banteras kegiatan pelacuran dulu. Bila dah semua tempat dah tak boleh melacur nak taknak, wanita2 ini akan terpaksa juga cari kerja lain untuk teruskan kehidupan. Inila manusia. Bila memandang pelacuran itu juga merupakan salah satu kerjaya. 

Hancurrrr beb, hancur wa cakap sama lue !!!