Istana Johor Cari Wartawan Siar Video, Astro Pecat Wartawan?
Wartawan ASTRO yang siarkan video tersebut dipecat?
Mak aii.
Kesalahan besar sangat ke siarkan video tersebut? Kenapa pula sampai berlakunya pemecatan? Tak dengar pula Astro keluarkan laporan mengenai insiden neh. Ini pun baca2 dari blog rakan2 jek neh. Kalau ada kenalan2 yang terdekat terutamanya yang bekerja di Astro, mereka sahkan perkara ini pun bagus juga.
Betul ke wartawan ASTRO yang dedahkan kandungan video TMJ dalam terowong telah dipecat serta merta?
Nak cakap lebih2 pun susah. Sumber rujukan pula blog semata2. Mana ada kekuatan hujah. Harap pihak ASTRO boleh tampil berikan kenyataan balas.
Cuba baca ;
Menurut maklumat istana Johor sedang mencari wartawan Astro yang memuat naik insiden bola sepak baru baru ni.
Maklumat sama juga menyebut pihak pihak Astro telah memberhentikan wartan berkenaan dengan memberi notis 24 dengan alasan melanggar etika kewartawanan iaitu dengan memuat naik video tanpa kebenaran dari pihak syarikat rakaman.Video yang dibuat naik tersebut juga tidak menunjukkan banyak perkara, hanya insiden dalam terowong laluan keluar masuk pemain dan tidak menampakan kejadian tumbuk menumbuk seperti yang dikhabarkan.Menjadi tanggungjawab wartawan untuk menyiarkan maklumat yang benar dan tepat tanpa sebarang sekatan, ugutan maupun ancaman.
Syarikat rakaman ke stesen penyiaran TV? Adoi. Syarikat rakaman tue lain sikit kot dari station penyiaran TV.
HAHAHA.
Rujukan aku : http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/02/lelaki-berjambang-dalam-video-istana.html
Kena pecat lagi. Istana Johor cari lagi. Gila ah. Padan la semua takut melawan TMJ dan Sultan Johor. Kalau betul perkara neh tak aneh la juga kenapa peguam Kamal sampai lari ke luar negara. Ada macam2 tekanan yang dia terima rupanya. Kes peguam yang melawan Sultan Johor tue. Dulu ada keluar video pengakuan kata Kamal punya biadap, sampai tampar Sultan pun ada. Entah betul entah kan tidak.
HAHAHA..
Apa pun kalau sungguh la istana Johor buru dia, phewww.. apa la nasib ko agaknya. Seram juga aku memikirkan.. takut woo.
Bagi aku TMJ memang terbukti berada dalam terowong tersebut. Lihat video sudah la.
Part memukul tue memang tak terbukti sebab takde rakaman. Ini pun fakta juga. Cuma aksi sedang meleraikan pergaduhan aje yang kita nampak. Dan geng2 JDT pula gunakan hujah berikut untuk pertahankan JDT.
Lihat ;
Kena faham betul2.
Tak terlihat kecederaan bukan bermaksud tiada pukulan. Apa yang ingin disampaikan ialah mereka cuma tak nampak part hidung berdarah, darah meleleh2 apa semua tue. Contoh macam ko jatuh. Belum tentu ko berdarah. Boleh jadi ko sakit boleh jadi ko tak sakit. So macam tue juga bila kena pukul. Belum tentu kalau kena pukul mesti berdarah dan sebagainya.
Apa pun memandangkan FAM.. err FAM? tengah siasat benda neh, dan kita err sama2 la serahkan pada FAM untuk menilai.. err FAM? FAM? FAMMMM?
HAHAHAHAHAHAHA..