t>

Breaking News

Lagi Luahan Mangsa Penderaan Pusat Tahfiz Amal Tersebar..

Rupa2nya ada satu page yang di dedikasikan mengenai perkara ini. Perkara yang melibatkan PUSAT TAHFIZ AMAL neh rupanya dah lama. Makan bertahun2 rupanya. Apasal lemah sangat penguatkuasa kita dalam menghukum pengetua terbabit? Dah kena makan suap ke? Kan dah terlepas cakap. Geram dan sakit ahti pula aku baca luahan mangsa yang diperhambakan oleh SM. Amin neh.

Rujuk ;


Gambar merujuk kepada kanak2 10 tahun yang diarahkan untuk minta derma.
Salam...

Saya bekas pengikut Al-Mansur yg baru setahun lebih meninggalkan Al-Mansur setelah mengikuti kumpulan tersebut secara terpaksa atas desakan keluarga selama 11tahun.. 

Alhamdulillah saya kini telah brjaya melepaskan diri dr kepompong trsebut dn memulakan kehidupan yg baru bersama isteri dn anak2..

Saya sgt gembira dn menyokong penuh setiap tindakan dan apa jua yg dilakukan admin bg menghapuskan kegiatan Al-Mansur ini.. Sy sgt bersyukur kerana adanya aktivis yg sanggup dn berani membela nasib anak2 ini...

Saya brsedia brkongsi maklumat yg sda pd saya utk rujukan admin bg memudahkan lagi siasatan selagimana identiti saya dirahsiakan... Ini kerana saya tidak mahu hubungan saya dgn keluarga yg masih lagi mengikuti Al-Mansur akan terjejas.. Saya boleh dihubungi admin melalui FB atau gmail utk sebarang prtanyaan.. Saya harap saya boleh membantu walaupun sedikit...

Ini luahan mangsa yang pernah terlibat dalam kegiatan perhambaan oleh Pusat Tahfiz Amal tersebut. Berikut kat bawah pula luahan dari masyarakat yang prihatin dengan kanak2 dan remaja2 yang menjadi mangsa perhambaan dan ekploit pengetua pusat tahfiz berkenaan.

Baca ; 

Assalamualaikum w.b.t

Saya Anis Ayishah binti Mohd Dali, seorang pelajar perubatan tahun 4 di Royal College of Medicine Perak ingin membuat laporan tentang eksploitasi kanak-kanak oleh Pusat Tahfiz Amal, Kedah.

Saya dan rakan-rakan seringkali pergi ke old town coffee (di ipoh, berdekatan dengan ipoh parade) dan tempat makan mbi (majlis bandar raya ipoh). Seringkali juga, kami melihat begitu ramaikanak-kanak dalam lingkungan 10-15 tahun (anggaran) menjual sesuatu (dikatakan sebagai minyak sapu, seperti yang tertera dalam cover photo) dan meminta derma. Kanak-kanak tersebut juga membawa sekeping surat berupa sijil dengan tertera nama kanak-kanak tersebut dan perkataan Pusat Tahfiz Amal di atasnya. 

Saya hanya mampu memberikan kanak-kanak tersebut beberapa keping wang kertas kerana kasihan melihatnya. Saya juga ingin menyeru pihak tuan untuk membuat tinjaun selama beberapa hari di tempat yang telah saya nyatakan dan mengambil tindakan supaya nasib kanak-kanak tersebut dapat dibela. 

Saya juga berharap agar pihak tuan dapat memberikan saya nasihat tentang apa yang saya patut lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi ini lagi. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Dan lagi ;

Saya pun ada jumpa jugak di sekitar nilai... at that time saya interview pelajar perempuan berkenaan (around 15-16 tahun) katanya tinggal di shah alam... ada beberapa maklumat yg telah didapati anyway sejak 'operasi' mereka ini telah didedahkan sedikit demi sedikit cara pelajar berkenaan menjawab persoalan saya kelihatan agak gugup dan seperti menunjukkan mereka gembira dengan pekerjaan yg dilakukan sekarang.. antara dialog saya + pelajar tersebut :

saya: keluar pukul berapa?
pelajar: baru keluar je kak, kejap lagi 'cikgu' datang amik, 
saya: yelah pukul berapa? 
pelajar : kul 430 ptg tadi... 

sedangkan waktu sudah menghampiri malam dan dia akur katanya 'cikgu' dia akan ambil dalam pukul 1030 malam... pd pendapat saya maybe pelajar2 ini diarahkan supaya jgn tunjuk kesengsaraan mereka di bwh PTA tersebut.. lagi satu persoalan saya time bila pelajar ni belajar di sekolah??? (sedangkan mereka dikehendaki duduk di shah alam utk menjual/mengutip derma sedangkan sekolah mereka di kedah nunnnnn...

MANA PIHAK2 YG BERWAJIB? SEDANGKAN KAMI SEBAGAI ORG AWAM SUDAH CUBA MENDEDAHKAN PERKARA YG BERLAKU DAN TIDAK MAHU MELIHAT PERKARA YG TIDAK DIINGINI BERLAKU

- Follower

Luahan pertama tue baru lagi. Lebih kurang 10 Januari tahun 2014. Manakala luahan kedua tue luahan tahun lepas. April 2013. Ini bermaksud walaupun telah dilakukan banyak aduan mereka masih lagi beroperasi macam biasa. Apa sebenarnya yang menyebabkan PR dan BN gagal mendakwa pengetua pusat tahfiz ini? Tapi ada sedikit perkembangan bila Mukhriz Mahathir keluarkan amaran seperti berikut ;

 
Amaran dikeluarkan pada bulan 12 tahun 2013. Sekarang dah masuk bulan Feb 2014. Sudah tamat tempoh warning. Bila agaknya Kedah akan melakukan siasatan dan mendakwa individu2 yang mengekplotasikan kanak2 atas nama jualan aman dan kutipan derma?

Dan lagi, part neh paling penting. Aku kongsikan apa yang MAZ = Mazidul Akmal Sidek pernah share di blognya pada tahun lepas.

Baca ;

Saya percaya, pembaca setia blog ini tahu mengenai kegiatan Pusat Tahfiz Amal di Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah. Bertahun pihak pengurusan mengerahkan pelajar mengadakan 'jualan amal' di seluruh negara.

Sila baca di sini, jika anda berkebetulan melawat blog ini buat kali pertama.

Tentunya dalam tempoh lebih 10 tahun beroperasi, jutaan ringgit wang derma telah dikumpul oleh pihak terbabit. 

Kenalan lelaki saya, berasal dari utara Semenanjung Malaysia menawarkan khidmat selama ini saya nantikan. 

"Biar saya pergi ke sana dan merakamkan gambar pusat tahfiz itu supaya masyarakat tahu keadaan sebenar," katanya.

Berikut antara gambar dirakamkan oleh LENSA kamera rakan itu dan kemudian dihantarkan kepada saya.


Menurut penduduk tempatan ditemui, pusat tahfiz ini dihuni kira-kira 100 pelajar dan mereka tidak pernah bercuti.

"Saya pergi ke sana pada hari Sabtu, kira-kira jam 12 tengahari, peliknya tidak kelihatan pelajar," jelasnya.


"Tentunya menghairankan. Setiap hari pelajar diperkudakan menjual pelbagai jenis barangan di lokasi berbeza, pulang selepas lewat malam tetapi terlalu banyak tingkap pecah tidak diganti," kata rakan itu lagi.


Sekaligus timbul persoalan, kemanakah perginya wang selama ini disumbangkan oleh orang ramai kepada pelajar pusat tahfiz terbabit?


Adakah gambar di bawah,  tandas selama ini digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan?


Kurang berpuas hati dengan gambar direkodkan sehari sebelumnya, rakan saya memperuntukkan masa melakukan tinjauan kedua pada hari Ahad, hari persekolah biasa di negeri Kedah. 

Namun, pusat tahfiz itu tetap kelihatan lengang.

Di manakah pelajar pada hari mereka sepatutnya bersekolah? 

"Saya hanya nampak sebuah MPV memasuki pusat tahfiz itu dan tiada langsung kelibat pelajar," ujar rakan.


Adakah itu layak digelar pagar? 


Tidak kira parti mana sekalipun menerajui negeri Jelapang Padi,  dahulu BN, kini PR,  tiadakah pemimpin mengambil tahu mengenai kebajikan pelajar di pusat tahfiz itu? Mereka remaja dan kanak-kanak di bawah umur. 

Tidakkah ada pihak sudi menyiasat, kemanakah wang dikutip selama ini disalurkan? Sekaligus memeriksa samada perbelanjaan wang diterima, diaudit secara sempurna atau sebaliknya?

Sebelum ini, setiap kali bertemu pelajar kononnya membuat jualan amal, saya difahamkan mereka belajar mengaji Al-Quran selepas waktu subuh. Seawal jam 8 pagi, mereka mula dihantar oleh 'ustaz' ke pelbagai lokasi untuk menjual barangan. 

"Tidak hairan jika pada waktu tinjauan, petang Ahad, pelajar tiada di pusat terbabit kerana tenaga mereka dikerah di luar," itu tanggapan saya.

Rakan saya terdiam.

Molek benar jika Kementerian Dalam Negeri atau pihak bertanggungjawab melakukan siasatan terperinci kerana sesetengah pihak mula melihat kegiatan memperkudakan pelajar oleh pihak pengurusan pusat itu menjuruskan ke arah perhambaan kanak-kanak.

Bertindaklah.

Selama ini sebilangan pihak sibuk menuntut hak asasi manusia. Remaja dan kanak-kanak, berteduh di pusat terbabit juga manusia dan rakyat sah negara ini.

Bagaimanakah dengan hak mereka? Hak wajib dilindungi oleh kita, sekian lama menggelar diri sebagai  manusia dewasa.
 
Rujukan ;


Baca ini juga. DarI TKO pula ;


Masalah neh dah lama rupanya. Lebih dari 10 tahun. Sampai bila kita nak biarkan kanak2 menjadi mangsa ekplotasi? Fikir2kan ek.