t>

Breaking News

Mana 1 Billion Duit Zakat Pergi Tanya Ustaz Asri Zainal Abidin..

Tue diaa..

Setiap tahun kerajaan dapat kutip 1billion duit zakat rupanya. 1B tue satu angka yang sangat sangat sangat besar woo. Kalau tiap2 tahun dapat 1b takan la masih ramai lagi melayu2 dan muslim2 yang merempat tak mampu beli rumah, tak mampu sewa rumah, tak mampu rawat penyakit dan akhirnya mati dan sebagainya?

Apa yang pusat2 zakat kita buat selama neh? 

Haha..

Baca ;

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin mencadangkan satu kajian telus dibuat bagi menyiasat hal isu kutipan dan perbelanjaan wang zakat oleh badan agama.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun lebih RM 1 bilion wang zakat dikutip saban tahun, masih ramai umat Islam negara ini yang hidup dalam kesempitan.

"Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah.

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau. -25/2/14