t>

Breaking News

Menteri BN Cadang Hapuskan Ruang Bangsa Di Borang.

Teliti cadangan ini dulu. Jangan nak panas line tak tentu hala. Aku bagaimanapun bersetuju dengan cadangan ini. Sebelum neh Hannah Yeoh dari PR telah mencadangkan perkara yang sama. Kali neh BN pula. Cumanya, time Hannah Yeoh bagi cadangan berikut kemain lagi orang2 melayu UMNO yang bantah. Masuk tv apa bagai lagi. Hentam dia kaw2. Agak2nya adakah perkara yang sama akan berlaku terhadap menteri dari BN neh?

Hahaha..

Aku setuju idea neh sebab bagi aku ;

1. Sudah sampai masanya kita jadikan diri kita sebagai bangsa MALAYSIA.

2. Aku setuju juga dengan penghapusan semua jenis sekolah berasaskan bangsa bahasa neh. Sekolah jenis tamil ka cina ka semua HAPUS.

Bagi aku, ini antara 2 benda yang perlu dilakukan dalam kadar segera bagi mewujudkan satu bangsa yang dikenali sebagai KAMI ANAK BANGSA MALAYSIA. Kita harus belajar dari negara jiran kita iaitu INDONESIA yang cukup pandai membentuk dan menanamkan SENTIMEN KAMI ANAK BANGSA INDONESIA. Tak kira agama, warna kulit, loghat, rupa, datang dari ceruk mana, masing2 tahu mereka ialah BANGSA INDONESIA. 

Sebab tue aku sokong sangat idea neh. Kita perlu buat dari segala. Hapuskan apa yang ditinggalkan penjajah untuk kita iaitu pengasingan bangsa = bertujuan untuk memecahbelahkan kita..

Fikir2kan ek.




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup menyatakan sudah sampai masa kategori bangsa dikeluarkan dari semua borang rasmi di negara ini ke arah newujudkan satu identiti tunggal.

Menurutnya, penggunaan bangsa yang masih diamalkan di negara dalam mengisi borang rasmi menyedihkan apabila negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

"Mungkin sudah tiba masanya kita membuang keperluan untuk menyatakan bangsa kita pada mana-mana borang di negara ini.

"Tetapi ia terpulang kepada ahli-ahli majlis yang lebih mengetahui untuk mencadangkan ini kepada kerajaan," katanya yang dipetik dalam satu portal berita, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh mengalukan kenyataan menteri tersebut.

"Kami anak Malaysia. Akhirnya menteri BN menyatakan perkara itu," katanya yang dipetik di akaun Twitternya.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-sudah-masa-kategori-bangsa-dimansuh-1.253585