6 Fakta Yang Anda Perlu Ketahui Tentang #MH370.
Ketika ini pasukan pencari sudah memasuki hari ke empat dalam menjejaki pesawat MAS B777 MH370. Setakat ini tiada apa2 penemuan baru yang boleh membantu pasukan dari 10 buah negara menjejaki pesawat tersebut.
Sementara kita menunggu maklumat baru dari mereka, kita perhatikan dulu 6 fakta mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.
1. Kotak Hitam yang ditempatkan dalam pesawat Boeing 777 adalah tahan letupan.
Struktur yang membina kotak hitam yang diletakkan dalam mana2 pesawat Boeing telah dicipta dengan bahan yang membolehkan ia tahan dengan kebakaran dan letupan. Yakni, andaikata pesawat tersebut terbakar, ataupun meletup, kotak hitam tidak akan termusnah, bahan seperti rakaman perbualan dan rakaman digital di dalamnya tidak akan termusnah sebab terlindung dengan permukaan yang begitu keras.
2. Semua perakam kotak hitam yang dibekalkan dalam semua jenis pesawat akan menghantar isyarat sekurang2nya selama 30 hari.
Ini bermaksud, sejurus mana2 kapal terbang terlibat dalam apa2 jenis bencana, samada kemalangan ataupun hilang dan sebagainya, kotak hitam yang berada dalam kapal terbang akan mampu keluarkan/ hantar isyarat kepada station pengesan isyarat. Namun dalam kes ini, yang membuatkan ramai pakar2 bingung dan keliru ialah kerana kotak hitam dalam MH370 tidak langsung menghantar apa2 isyarat kepada mereka untuk membolehkan mereka locate kedudukan sebenar MH370. Samada kotak hitam tersebut rosak sepenuhnya, fungsi menghantar isyarat gagal ataupun ditutup isyaratnya. Itu saja kesimpulan yang mampu mereka fikirkan ketika ini. Namun, ada juga yang menyimpulkan bahawa kotak hitam mungkin jatuh ke dalam satu kawasan yang sangat sangat sangat dalam sehingga menyebabkan signal tidak dapat diterima oleh station penerima isyarat.
3. Jika kapal terbang terhempas di lautan, meletup ataupun terbelah.. ia akan akan meninggal bukti.
Dalam beberapa contoh kes yang lepas, kes yang membabitkan kemalangan pesawat di atas lautan, selalunya pesawat tersebut akan meninggalkan bukti di atas air. Seperti kusyen, kerana ia ringan dan mampu terapung bahkan boleh digunakan sebagai pelampung sementara menunggu pasukan penyelamat datang memberikan bantuan. Ataupun, serpihan2 dari bahagian kapal yang terbelah. Air tidak mampu menenggelam objek yang lebih ringan darinya. Ia akan terapung di atas udara. Oleh kerana pasukan pencari pesawat MH370 sudah memasuki pada hari keempat perkara ini semakin menimbulkan keraguan kepada pihak2 yang terlibat. (Mungkin belum ditemui lagi lebih tepat disini).
4. Jika peluru berpandu menyerang MH370 ia akan meninggalkan klue di atas radar.
Ya. Radar bukan sahaja mampu 'locate' dan 'detect' pergerakan kapal udara, kapal laut, radar juga berupaya mengesan pergerakan peluru berpandu. Jika benar MH370 diserang oleh peluru berpandu, ia akan dapat dikesan melalui radar sekaligus memecahkan kebuntuan ini. Bahkan, sudah semestinya mana2 kapal yang diserang oleh peluru berpandu akan meninggalkan bukti yang nyata iaitu SERPIHAN2 KAPAL yang TERBELAH angkara serangan PELURU BERPANDU tadinya itu.
5. Lokasi terakhir MH370 ialah laluan selamat.
Cuaca yang baik. Lokasi tersebut juga bukan la lokasi yang misteri. 3 faktor utama yang diambilkira oleh pakar bagi menentukan kedudukan sebenar MH370 ;
- Ketinggian (kedudukan pesawat tersebut di atas udara)
- Kedudukan (lokasi pesawat tersebut)
- Kelajuan angin (pergerakkan angin)
Dengan menyimpulkan semua perkara di atas sudah cukup memberikan klue kepada pakar2 dari 10 buah negara untuk mengesan kedudukan sebenar pesawat MH370 andai kata ia terhempas, meletup ataupun diserang oleh peluru berpandu namun, mereka gagal (ketika ini). Itu menambahkan lagi misteri dan tanda tanya pakar dalam merungkai misteri kehilangan MH370.
6. Andai kata MH370 dirampas ia tidak akan hilang dari radar secara tiba2.
Andaikata berlakunya rampasan kapal terbang, transponder dilumpuhkan, masih terdapat satu lagi radar ataupun yang dipanggil 'passive radar' yang masih mampu memberikan signal kepada radar untuk mengesan kedudukan kapal. Namun, mengikut kata pakar, B777 yang hilang ini telah dilengkapi satu sistem keselamatan yang baru (2 minggu sebelum hilang) dan, ada CCTV yang membolehkan juruterbang memantau apa yang berlaku di kokpit. Maka, jika berlaku rampasan sekalipun juruterbang berupaya menghantar isyarat kerana untuk menghantar signal mereka hanya perlukan masa sekurang2nya 1minit, yakni, ia sudah mampu memberikan klue kepada pihak berkuasa untuk mengetahui apa yang sedang / telah berlaku.
Kesimpulannya, Natural News yang ditulis oleh Mike Adams mengatakan pesawat MH370 bukan meletup, sebaliknya ia hilang begitu saja. Sekurang2nya setakat ini memandangkan operasi mencari sudah memasuki hari keempat yang menyebabkan semakin ramai orang tertanya2. Konklusi seperti ia diteleport ke angkasa lepas, ada kaitan dengan alien, ataupun segitiga bermuda mungkin boleh dipertimbangkan namun kesemua hujah2 tersebut memerlukan hujah yang lebih kukuh.
Menurut Mike Adams lagi, apa yang berlaku pada MH370 apabila memikirkan ia ;
- Kapal terbang yang sangat canggih dengan sistem keselamatan yang sangat baik yang dipantau dan diselia secara berkala..
- Lokasi yang tidak masuk akal (untuk hilang tanpa kesan)
- Faktor cuaca yang sangat baik (yang eliminate faktor cuaca sebagai punca nahas)
- Tidak meninggalkan sebarang serpihan, klue, signal atau apa2 yang boleh lead kepada penemuan MH370
Ia adalah sesuatu yang sangat baru, sangat misteri dan sangat memeningkan pakar ketika ini. Walaupun terdapat kes yang lebih kurang serupa tetapi kes2 silam tidak semisteri semisterinya kehilangan MH370. Disebabkan kes ini terlalu misteri maka ia mendapat tumpuan dari ramai pakar2 di luar sana untuk mengkajinya.
Kat sini nak share sikit pendapat pakar berkaitan misteri kehilangan MH370. Kat Awani tadi ada disebut hanya ada satu kemungkinan je yang boleh menjawab misteri kehilangan MH370 dari radar. Ini tidak menjawab misteri kenapa kotak hitam tidak menghantar signal.
Bekalan kuasa utama dan alternatif gagal berfungsi secara tiba2 dalam masa yang sama sehingga menyebabkan pesawat perlu dipandu secara manual. Dan jika benar pesawat dipandu secara manual dan perlu melakukan pendaratan kecemasan, di manakah mereka kini?
Fikirkan.
Sumber asal : http://www.naturalnews.com/044244_Malaysia_Airlines_Flight_370_vanished.html