TG Nik Aziz Menangis Memohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Kelantan.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil bergenang air mata pagi ini memohon maaf di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan."Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pagi tadi.Lazimnya, Nik Aziz akan membelakangkan makmum ketika memberikan tazkirah Subuh di masjid, tetapi pagi ini beliau mengadap Jemaah yang memenuhi Masjid Pulau Melaka.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini pernah mengkritik Nik Aziz kerana menyampaikan tazkirah sembil membelakangkan orang yang mendengar tazkirahnya.Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai menteri besar Kelantan selepas menduduki kerusi itu selama lima penggal mulai 1990 hingga 2013.Beliau adalah MB Kelantan paling lama memerintah iaitu selama 23 tahun.
Tak mencuri.
Tak merompak.
Tak terbabit dengan skandal rasuah dan penyelewengan.
Tak pula wariskan jawatan MB kepada anak beranak dan suku sakat.
Terbuka kepada kritikan.
Pemimpin2 macam neh jarang ada dalam PAS, DAP, PKR, dan BN. Malaysia kehilangan ulama dan pemimpin yang baik sebenarnya. Pemimpin lapisan PAS pun banyak yang sombong2 belaka. Kena kritik sikit terus melenting tak tentu hala. Harap2 mereka contohi la kepimpinan TGNA.. contoh yang baik dah ada. Tinggal nak ikut ataupun taknak. Tue aje.