t>

Breaking News

Wartawan Asing Ditarik Keluar Kerana Bertanyakan Soalan Kepada Najib..

Semalam Najib ada buat sidang media mengenai kemaskini terbaru insiden #MH370. Dalam sidang media tersebut beberapa perkara telah diumumkan oleh Najib dan beberapa perkara yang pada awalnya adalah spekulasi telah disahkan benar, rujuk disini.

Untuk rekod, rakyat Malaysia kini tertanya2. 

- Kenapa kemaskini terbaru mengenai #MH370 diperlihatkan seolah2 USA yang lead siasatan? Boleh dikatakan banyak maklumat2 baru dikeluarkan oleh media berpengkalan di USA dan BRITISH berbanding Malaysia seolah2 mereka yang lead siasatan kehilangan MH370.

- Kenapa media USA dan BRITISH begitu beria2 melaporkan insiden tersebut?

- Kenapa USA begitu beria2 sanggup hulurkan pelbagai jenis bantuan kepada pihak Malaysia?

Yang amat membimbangkan rakyat Malaysia ialah, apa ada kemungkinan wujudnya tangan2 ghaib oleh kuasa besar yang mahu menyalahkan/mengaitkan negara kuasa besar yang lain (contohnya USA akan salahkan Rusia dalam kes kehilangan #MH370 dengan menggunakan MALAYSIA sebagai UMPAN) dengan membabitkan Malaysia dalam konspirasi terancang mereka?

Itu yang rakyat Malaysia risaukan.

Jika ini benar kita akan kerugian dalam banyak perkara.

Berbalik kepada cerita mengenai wartawan dari ABC News. Semalam Najib juga memberitahu selepas sidang media, sesi soal jawab akan ditutup. Jika ada mana2 wartawan yang mahu bertanyakan soalan mereka perlu hantar soalan dan soalan akan dijawab pada sidang media jam 5 petang. Namun pada semalam, sidang media pada jam 5 petang juga turut dibatalkan, yakni soalan2 para wartawan tidak terjawab langsung.

Salah seorang wartawan asing nampaknya tidak mengedahkan larangan tersebut. Apa yang berlaku ialah dia terus melulu ke arah Najib dan terus bertanyakan soalan. Namun sayangnya persoalan dia tidak dijawab bahkan dia diescort oleh pengawal keselamatan Najib (dijauhkan dari Najib) selepas bertanyakan soalan.

Lihat gambar ;


Tue diaa..

Kena heret sebab tanya soalan.

Yang fikir positif ;

Dah tak boleh tanya, yang ko pergi tanya sapa suruh? Hormat sikit undang2 kat negara orang. Jangan nak langgar aje macam ko buat kat negara kau. Ini Malaysia, kami ada undang2 yang berbeza dari negara kamu.

Yang fikir negatif ;

Nak tanya soalan pun tak boleh? Makin teruk la Malaysia kena kutuk dengan orang luar. PM paling pengecut di dunia.

Hemm..

Aku pula nak fikir macam mana?

AKu fikir Najib seharusnya berlapang dada dan benarkan sesi soalan jawab berlangsung. Media craves for material sebab rakyat is craving for news. Itu je yang semua orang mahukan. Mereka mahukan berita berita dan berita. Kenapa Najib tak nak buka sesi soal jawab?

Aku fikir satu je.

Takut kantoi ka?

HAHAHAHAHA..