Fox News Buat Hal Lagi - Pecat Kakitangan Kerana Kantoi Bantu Mangsa #MH370!
Fox Cable Network inila yang menjadi penyiar rasmi kepada program mempersendakan Islam dan mengaitkan kehilangan MH370 dengan Islam disebabkan juruterbangnya ialah beragama Islam. Bahkan mereka juga SECARA SINIKALNYA mempersendakan MALAYSIA kerana majoriti penduduknya beragama Islam.
Then suka2 nak kaitkan kehilangan MH370 mungkin angkara KEGANASAN disebabkan krew penerbangan MH370 ada yang beragama Islam.
BENGONG. MEMANG BENGONG sungguh cara dorang simpulkan hujah. Kejahatan dan kebaikan takde kaitan dengan bangsa dan agama. Sebaliknya ia adalah pemikiran diri sendiri. Kalau yahudi buat jahat takan nak cop semua yahudi tue pengganas? Sedangkan ada je orang yang berbangsa yahudi menganuti Islam dan lain2 agama selain dari kepercayaan yahudism.
RACIST punya orang. Orang2 macam neh la assobiyah melampau telah merosakkan perpaduan dan keamanan dunia. Dorang neh la antara penyumbang kejahatan dalam dunia.
Fikir2kan la ek.
Baru2 neh depa pecat salah seorang kakitangan mereka kerana gunakan email peribadi untuk beri khidmat nasihat dan bantuan kewangan kepada ahli keluarga mangsa penumpang MH370 yang masih hilang sampai sekarang.
Disebabkan itu, pekerja mereka yang dah lama berkhidmat, selama 25 tahun diberhentikan kerja. Mungkin itu alasan yang direka2 untuk mengenakan pekerja yang setia itu. Bayangkan. Dah kerja selama 25 tahun. Kalau guna email itu salah dan melanggar polisi syarikat, bagi la warning ke. Buat pembetulan ke. Ini pecat serta merta. Lain macam aje cara dorang neh. Alah, kalau nak di ikutkan ramai je orang2 yang guna email syarikat bagi tujuan peribadi. Tapi tak la pula ia mewajarkan pemecatan serta merta. Aku rasa FOX CABLE neh emosi tak tentu hala terhadap insiden MH370. Apatah lagi bila aku baca pernah baca satu laporan (oleh wartawan indi asing) bahawa FOXS NEWS antara 'media' yang terlibat untuk tanamkan persepsi2 negatif mengenai INSIDEN MH370. Selain dari FOX NEWS, CNN pun terlibat. Dalam program mengaitkan ISLAM sebagai punca kehilangan MH370, program tersebut diterbitkan oleh FOX NEWS sebelum disebarkan oleh CNN. Kenapa begitu? Lue fikirlah sendiri ek.
Heheh..
Pada aku, kalau benda tue benar2 negatif tiada masalah laporkan ia sebab ia memang negatif. Tapi kalau sengaja mewujudkan elemen negatif padahal ia tak la negatif pun ataupun menokok tambah memang kurang ajar la jawabnya tue.
Baca ;
Eksekutif syarikat penyiaran Amerika dibuang kerja kerana menggunakan akaun e-mel syarikat bagi menyalurkan bantuan kepada keluarga pesawat hilang MH370.Associated Press melaporkan naib presiden amalan dan piawaian Fox Cable Networks Group, Darlene Tipton ingin mengaturkan bantuan kewangan kepada keluarga penumpang untuk proses mahkamah yang dijangka akan memakan masa yang lama.Dia memulakan proses itu dengan mengirim e-mel kepada Sarah Bajc, teman wanita warga Amerika, Philip Wood yang merupakan salah seorang daripada 239 penumpang MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.Jurucakap Fox, Scott Grogin berkata tatacara dan komunikasi Tipton melanggar polisi syarikat.Beliau enggan menerangkan lebih lanjut ekoran dasar kerahsiaan, namun mengesahkan Tipton yang bersama Fox sejak 25 tahun lalu meninggalkan syarikat itu pada 9 April lalu."Setelah kami sedari, kami mengambil langkah yang perlu," katanya dilaporkan sebagai berkata.Walaupun dengan perkembangan terbaru, Tipton berkata dia akan meneruskan perancangannya dan akan menggunakan laman sesawang pengumpulan dana, GoFundMe bagi meneruskan hasratnya menyumbang bagi pihak keluarganya."Kami mahu mengumpul dana kepada keluarga waris bagi memberi kelegaan kepada mereka kerana proses mahkamah mungkin memakan masa bertahun-tahun," katanya kepada AP sewaktu berada di rumahnya di Los Angeles.Hasratnya untuk membantu menghadapi rintangan apabila penerima terpaksa mendapat haknya melalui saluran guaman."Jika mereka boleh mendapatkan wang melalui sumbangan, tidak adil kepada mereka untuk menuntutnya melalui saluran perundangan," katanya.Suami Tipton yang merupakan penulis dan penerbit, Ken Tipton berkata isterinya merancang untuk menyaman Fox kerana menggunakan prosedur yang salah.Katanya, isterinya tampil dengan inisiatif sedemikian setelah mengalami halusinasi bersama penumpang pesawat itu sewaktu berada di sebuah hospital di Los Angeles bulan lalu, tidak lama selepas MH370 dilaporkan hilang.Walaupun usaha mencari pesawat tersebut membabitkan beberapa negara, namun ia masih tidak menampakkan sebarang hasil. -TMI-