Gambar2 Stor Kilang Memproses Sarung Tangan Musnah Terbakar.
Macam mana la boleh terbakar kan. Kalau tengok dari stuktur bangunan bukan jenis bangunan kayu. Kebakaran yang teruk itu memusnahkan hampir 80% bangunan asal. Kalau ada insurans takpe la. Kalau takde insurans melopong la pekerja2 stor kilang pemproses sarung tangan getah tersebut. Tak pasal2 hilang kerja.
Lihat gambar2 kebakaran ;
Lihat gambar2 kebakaran ;
Sebuah stor kilang memproses sarung tangan getah terbakar di Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dalam kejadian di Jalan 3, Kawasan Perusahaan Bandar Baru Salak Tinggi itu, stor berkeluasan 900 meter persegi itu terbakar 80 peratus.
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian jam 10.07 pagi sebelum beberapa jentera lain tiba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Sepang dan Putrajaya.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pekerja kilang berjaya keluar dari stor berkenaan sejurus kejadian," katanya.
Katanya, pihaknya masih menyisat punca kejadian dan operasi memadam kebakaran masih dilakukan terutama bagi menghalang api merebak ke bangunan bersebelahan.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, pasukan bomba dan penyelamat berdepan sedikit kesukaran bagi memadam kebakaran berikutan masih ada letupan kecil berlaku ketika operasi pemadaman dilakukan.-BN-