t>

Breaking News

Penjelasan Sham Kamikaze Dan Jawapan Farazila Terhadap Tohmahan Orang Ramai.

Susulan dari pengakuan berapi bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila, Sham Kamikaze tampil membuat satu kenyataan di facebook rasmi yang dikendalikan olehnya sendiri.

Lihat ;



Kenyataan pertama Farazila boleh dibaca kat sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2014/04/luahan-berapi-farazila-sham-kamikaze.html

Dan setelah Sham Kamikaze membuat penjelasan di atas, peminat2 Sham Kamikaze nampaknya seperti menyebelahi Sham dan beranggapan Farazila sebagai pengacau semata2.

Sebenarnya, kalau dibaca dari penjelasan Farazila, dia dari awal tidak berminat keluarkan apa2 kenyataan. Tetapi nama dia (tidak langsung) dipetik sana sini oleh Sham dalam sesi ceramah dan isteri Sham ketika sesi temubual maka itulah yang menyebabkan dia akhirnya buka mulut. Kalau betul masing2 dah anggap ia benda lepas maka biar aje la ia lepas dan berlalu pergi. Buat apa nak petik2 nama orang lagi dalam interview sana interview sini? Wartawan yang datang menemui Farazila adalah kerana ingin mengesahkan apakah yang diperkatakan oleh pihak sebelah sana mengenai Farazila adalah benar dan itulah punca kepada pengakuan berapi Farazila baru2 neh.

Baca ;




Klik image untuk paparan yang lebih jelas.

Dan, oleh kerana terlalu ramai yang mengkritik Farazila kembali selepas tersebarnya pengakuan berapinya itu, dia menjawab dengan memberikan penjelasan2 kat bawah neh kepada pihak2 tersebut ;

Assalamualaikum. Dahsyat sungguh hentaman dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya ya. Hanya kerana saya dipanggil untuk membuat kenyataan oleh pihak BH yang mencari saya selama 2 tahun selepas kes itu berlaku dan akhirnya baruuu sekarang dapat jumpa ni ha. Ada yang kata saya cemburu mereka dapat anak, ada yang kata mengaibkan, ada yang kata memang patut ditinggalkan ditepi jalan atau lebih patut saya ni ditinggalkan ditengah jalan, ada yang kata seolah saya ni berdendam, ada yang kata kenapa nak ungkit cerita dah lepas, ada yang kata itu, ada yang kata ini… Lagi… Nak kata apa lagi? Eh! Ada pulak yang sanggup berani buat acc FB baru semata2 untuk hentam dan kononnya nasihat untuk bela nasib yang disana. Pelik betul ya. 

Ni pun tengah type sambil tersenyum ni..Bukan apa, kesian dengan orang2 yang tak tahu hujung pangkal ni. Cuba bayangkan contoh:- Ada orang mencuri,tetiba lagi sorang nampak dan benda tu benda tak elok yang patut diberitahu, tetiba yang mencuri tu bawa geng kata dia difitnah, tetiba yang nampak tu kata betul dia yang ambil. Dah tak tentu pasal pulak geng2 dia yang buta tu semua hentam orng yang cakap benar tu. Siap kata fitnah dan berdosa macam makan daging saudara sendiri katanya.. sedangkan ALLAH Lagi Maha segalanya. Katalah yang bercakap jujur tadi tu mati dipukul kerana nak beritahu perkara sebenar sebelum pencuri tu buat lagi dari terlepas. Tak ke naya semua dapat dosa free + siap fitnah orang yang berkata benar + melindungi orang salah. Itu CONTOH je. 

Apapun Alhamdulillah.. kerana tak kurang dan ramai juga yang memahami apa yang disampaikan didalam media semalam. Terima Kasih banyak diatas sokongan.
Kalau nak dikatakan cemburu diorang dapat anak, silap besar tu . Dok tengan geleng2 kepala ni sambil tersenyum nampak gigi sikit je. Sebaliknya saya bersyukur sangat sebab dengan kelahiran anak tulah membuatkan orang ramai tahu. Ohh dah ada anaaaak ke,dengan siapa? Ohh dengan wanita yang dia nafikan dulu tu. Itu kata orang, Kata saya pulak Alhamdulillah, bagus diwar-warkan benda baik supaya tidak mendatangkan fitnah. Tapi tetap terpalit fitnah tu kepada saya kembali bila orang mati2 ingat saya yang melahirkan dan dah rujuk semula dengan dia. Sepatutnya bersyukurlah kerana orang dah tak terkeliru lagi sekarang.

Yang sibuk kata saya mengaibkan ni dari segi apa ya..Hmmm. Kalau nak kata aibkan dari dulu dah keluar gambar ehem2 mereka kot, tapi rasanya takdekan. Dan saya diam je selama ni sampai boleh pulak isteri ke2 nya tu hina ‘baik punya ayat’ dalam laman social. Pun saya diaaaam je, dan tiba masa saya bersuara apabila ditanya dan hanya membuat kenyataan apabila dipanggil dan perkara ini serius sebelum orang lain yang taksub dan tak tahu terpengaruh makin ramai untuk masuk gaung bersama dengan orang yang salah, terus saya dilemparkan dengan pelbagai fitnah. Hebat..Hebat.

Kalau betul ada yang rasa saya ni patut ditinggalkan ditengah jalan daripada tepi jalan dengan niat biar lori ke bas ekspress ke langgar dan menggilis saya , Alhamdulillah kerana saya masih disini dan Alhamdulillah Allah masih lindungi saya sampai sekarang. Dan saya doa semoga niat fanatik mereka diluar sana tidak dibalikkan oleh Allah kepada keluarga mereka yg mungkin ada adik, kakak, ibu dan seangkatan dengannya. Kalau boleh, tolong faham dan baca sampai habis. Kalau dikatakan dibolehkan dalam islam, suami menumbuk dan membuat aniaya kepada isteri sampai macam tu hanya kerana suami kantoi curang dengan orang lain , pulak tu dengan isteri orang pulak , kalau perkara begitu dikatakan boleh. Suka hati mereka lah nak kata apa. Dah ditanya pengalaman saya dan itulah pengalamannya. Dan perkongsian ini untuk dijadikan ikhtibar dari kisah dan perkara sebenar . Nak dengar, dengar lah. Kalau tak nak sudah. Kenapa pulak nak rasa aib kalau tak buat dan perkara tu tak betul. Tuan punya diri yang tahu apa yang dia dah buat, yang jadi pak dan mak turut ni ramai belaka tapi KOSONG,KOSONG,KOSONG tak tahu apa2, pinjam lagu Najwa Latif sikit. 

Nak kata saya ni berdendam? Ahaaai… Lagilah lawak saya dengar. Saya ni banyak simpan bukti yang sibuk sangat dibela oleh orang yang sibuk menghentam saya ni. Tapi saya kesaluran yang betul. Kalau dendam, dah lama dah keluar gambar2 yang XXX dengan macam2 orang sebelum dan selepas hijrah kononnya tu. Tapi saya nak tahu juga lah… Ada ke keluar gambarnya….? Rasanya takde kan.
Ada pulak yang kata cerita dah lepas. Memang betul dah lepas tapi baru sekarang wartawan dapat jumpa saya dan ikhlas nak tolong bersihkan nama saya yang orang pijak2 ni. Tu pun jadi masalah dari yang sebelah sana ye. Bila yang sebelah sana keluar kenyataan kononnya sedih betul di fitnah kahwin 2 lah, tak terfikir poligami laaah, senang je orang percaya siap simpati lagi. Bila dah nyata tetiba tutup buku sebab nak glamour punya pasal, kononnya kenal sebab mungkin dia pernah buat ceramah kat tempat mereka ni kot. 

Tapi itu lah lumrah. Saya takde kacau orang, tapi apa yang saya keluarkan ini hanya untuk bersih nama saya, malangnya saya pula yang difitnah , dijaja di Masjid tempat orang beribadat pulak tu semasa menjadi isteri dan sehingga kini. Bukan orang tak beritahu saya dan sebaliknya terkejut dengan tindakan disebelah sana yang mengaibkan saya di masjid tapi manaaaalah orang tahu. Sebab orang nampak baju,kopiah atau jubah sahaja kot. 

Terpulanglah apa orang nak kata lepas ni. Sampai masa orang penat, diamlah mereka nanti..

Dan lagi ;

Assalamualaikum.. Inilah dunia. Bila kita diam orang kata kita bodoh. Bila kita sabar orang cabar-mencabar. Bila kita buat statement orang kutuk. Bila kita tak buat orang bertanya kenapa tak buat statement. Bila kita mahu menegakkan kebenaran dan bersihkan nama orang kata aibkan. Bila kita kata kita betul orang kata kita salah. Bila kita kata kita salah orang kata kita betul.

Kesudahannya, suka hati saya lah nak buat statement apa. Bila kita susah bukan ada orang nak tolong. Bila kita senang berterebu orang datang mengaku kenal. Bila orang nak tolong orang yang sakit hati pula yang bengang. Habis tu nak saya buat apa??? 

Kita dicipta bukan sebagai seorang yang bodoh hingga sanggup biarkan orang menghina, pijak dan kutuk family kita. Dan kita pun takde hak nak hina dan kutuk family orang. Tapi yang berlaku pada saya sekarang ni seolah membolehkan semua orang menghentam saya dan jangan disentuh pihak sebelah sana. 

Wah… Bukan main lagi ayat semua macam BERTAULIAH. Kan bagus kalau jadi tentera untuk melindungi diri sendiri dari melindungi orang yang palsu. Sambil ketawa menaip statement ini..

Saya nak menyanyi pun salah,nak keluarkan single pun salah. Eh! di tuduhnya kita nak publisiti pulaaaak. Kesudahannya suka hati sayalah. Duit saya. Saya tak minta duit kat orang. Lainlah kalau saya ni buat show besar kat luar Negara sampai dapat RM 8 juta iringi Jackie Cheung ke Ah Mei ke sampai orang nak sakit hati tu lain lah.

Lainlah kalau saya ni menipu kata bukan selebriti tapi menipu orang dengan jalan tunduk bawah sambil kepit macam tak buat salah langsung. Hmmm….Ni baru nak mula langkah. Haiiii.. Nasib…nasib. Tajuk lagu dah baik dah ‘ALLAH Tahu’. Lainlah kalau saya nak keluar dengan tajuk ‘Awak Jahat’ ke, ‘Mama Jahat’ ke ,boleh la kalau nak hentam saya pun. Dulu dah elok-elok menyanyi ada kerjaya disekat pulak. Sekarang ni apa lah pulak yek. Senyum sambil terasa digeletek di dalam hati melihat keadaan sekeliling. Dunia….Dunia. Ha ni pun masih terasa-rasa dicuit-cuit dalam hati ni. Ahai..

Dan jawapan Farazila kepada kenyataan Sham Kamikaze ;

Assalamualaikum. Saya ingatkan dah habis dah cerita rupanya ada lagiii... Saya disuruh untuk pergi ke blog yang kelihatannya baru ditubuhkan. Alhamdulillah...Saya dah cuba fahamkan apa jenis kenyataan yang dibuat disitu. 

Pertama sekali tidak terfikir dalam kepala otak saya ni untuk meraih simpati macam yang dikatakan oleh bekas suami didalam blog itu kerana selama ni bukan saya yang menjaja cerita sampai ke Masjid Besar Shah Alam hal-hal rumahtangga sampai orang yang berniaga di Perkarangan Masjid pun tahu hal peribadi yang tak patut rasanya diceritakan semasa saya isterinya lagi. Dan yang paling best, siapa yang meraih simpati sampai datang ke rumah keluarga saya selepas bercerai dengan membawa PIZZA HUT dalam keadaan isteri keduanya sedang sarat mengandung dan saya yakin kejadian itu diluar pengetahuan isteri ke2nya itu. Jadi siapa yang meraih simpati bila keluar ayat yang memujuk kedua orang tua saya dengan ayat "saya masih sayangkan dia"?

Untuk jawapan ke2 dari 'fitnah kerana dendam'. Jika ianya satu fitnah yang direka kerana dendam sepatutnya dari dulu dah saya buka semua ini. Dalam keadaan dia yang curang dan isteri ke2nya menghina saya di laman sosial dengan berani 'copy paste' post FB saya yang berusaha membersihkan namanya dahulu dan ditepekkan di ''Twitternya ( isteri ke2 ) untuk menunjukkan dendamnya apabila Bekas suami tidak mengaku sudah berkahwin dengannya dahulu. Semasa saya pernah menjadi isterinya pula tidak pernah sedikit pun dia mengambil berat tentang hal ini sehingga sanggup memaksa saya menutup mulut untuk menjaga reputasinya sebagai pendakwah bebas. Jadi adakah saya ini dilihat seperti memfitnah atau mengaibkan sedangkan bukti2 dari blog yang masih kekal sehingga kini menjadi tatapan umum. Siapa yang memfitnah siapa dan siapa yang mengaibkan diri sendiri sekarang.

Jawapan yang ke3. Kes ini tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam hal peribadi atau hidup saya yang mendatang. Sebaliknya saya lebih tenang dari rasa berdosa mendiamkan diri dari orang-orang yang munafik.

Jawapan yang ke4. Terima kasih kerana mendoakan yang terbaik untuk saya dan saya juga mendoakan anda sekeluarga Sham Kamikaze dan Nurul Halimin bahagia. Semoga jawapan ini memuaskan hati anda dari kenyataan yang anda buat sendiri di FB anda dan Blog.


Pesanan dari saya- Farazila A.J :

Kutuk mengutuk dan hina menghina tidak baik di sisi Islam, kecuali berkata BENAR dengan BUKTI yang KUKUH. Jika tidak mempunyai bukti yang kukuh, maka di khuatiri kita memfitnah orang lain dan hadis Nabi yang bermaksud "Orang yang menfitnah dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri". Jika ada bukti bukan dinamakan FITNAH
 

Rujukan : https://www.facebook.com/pages/Farazila-AJ/544076555660315?filter=1

Benda yang dah lepas, biarlah lepas dan berlalu pergi. Ia perlukan semua pihak untuk saling menganggap bahawa perkara2 tue dah lepas dan berlalu pergi. Masing2 dah bahagia dengan hidup masing2 dengan cara tersendiri. Sampai bila nak saling kacau mengacau antara satu sama lain kan.

So masing2 faham la macam mana keadaan masing2.

Apa pun perkara ini ada satu iktibar yang berguna untuk kita semua. Aku sendiri personally akan cuba berahti2 dengan golongan2 yang cuba menggunakan agama untuk memperdayakan orang ramai. Aku juga tak suka jika ada orang gunakan agama untuk berlakon semata2. Konon2 dia alim bagai padahal habuk pun tarak. Maaf, aku tak kata kat si Sham tue pun. Tapi memang ada orang2 macam tue. Jadi nak kena ahti2 sikit la dengan orang2 macam tue. Merosakkan imej pendakwah2 yang ikhlas saja..

HAHAHA..