Akibat Mimpi, Wanita Ini Bersolat Di Merata Tempat.
Minta jangan dikutuk2 dia neh gila ke apa.
Kadang2 kita tengok memang macam pelik. Tapi tak bermaksud apabila dia buat benda2 pelik dia gila. Korang tak tatau sebenarnya apa yang dia alami. Apa yang dia mimpikan. So memang la mudah berkata2 dia gila la sewel la sakit mental la dan sebagainya.
Yang dilaporkan ;
Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.
Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.
Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.
Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.
Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. -Awani-
Apa pun aku benda2 macam neh aku percaya. Kalau bab2 hantu mantu tue aku memang haram percaya. Maafla. Aku bukan nak cakap besar. Riak. Cuma bagi aku citer2 hantu ialah citer2 karut. Bukan aku tak percaya kewujudan alam ghaib ke apa. Cuma dari apa yang aku perhatikan. Manusia suka melebih2 sangat dalam menyampaikan sesuatu. Tah hapa2 benda yang dorang jumpa tahu2 aje hantu yang dapat nama. Mengarut je la.
Apa pun aku terfikir2. Apa la agaknya yang dia mimpi. Cukup berani juga dia keluar sana sini untuk bersolat, baca Alquran dan berzikir semua ye. Fuh.. mesti orang dok perhatikan semacam masa tue.
Haha.