Gambar2 Budak 6 Tahun Tersepit Tangan Di Eskalator - Berlaku Di Malaysia.
Berlaku di Malaysia. Awasi anak masing2. Lebih baik bermula didikan dari rumah. Ajar dorang jangan suka2 selit sana selit sini. Lepas tue tunjukkan kepada anak2 gambar ini. Bila mereka tengok baru terbit rasa takut nak buat sebarangan di tempat awam. Alhamdullilah, budak tersebut tak jadi apa2 yang teruk padanya. Semua selamat.
Cuma masa mula2 nak tengok gambar rasa ngeri juga.
Almaklumla sebelum neh pernah jadi kes yang serupa di luar negara. Iaitu dari Indonesia. Budak juga. Yang tue teruk. Itu yang buat aku ngeri nak tengok gambar mula2. Budak2 neh dorang bukan takut apa pun. Melainkan kita yang ajar dorang untuk rasa takut baru la dorang ada keinginan untuk rasa takut. Kalau tidak, dorang akan main aje la apa2 benda pun. Keinginan untuk mencuba sendiri apa2 saja sentiasa berkobar2 dalam minda budak2 neh. So pandai2 la kita nak membentuk kesedaran. Jangan dimarah budak 6 tahun tue pula. Otak masih fresh. Tatau apa yang bahaya apa yang tidak melainkan di ajar. Kalau tidak memang haram tahu.
Tahniah kepada petugas2 bomba yang bertindak pantas dan menyelamatkan keadaan. Nasib baik tak jadi apa2 kat tangan budak tue. Alhamdullilah.
Baca ;
LAPORAN BOMBA: Pada 03.05.2014 jam 1639 bilik kawalan Kajang terima panggilan khidmat khas tangan tersepit di tangga bergerak (escalator) FRT 02 dipandu PB 8441 diketuai PBKll 7652 bersama 3 orang anggota dan FRT 03 dipandu PB 9407 dan diketuai PB 7048 bersama 2 orang anggota dikejarkan ke lokasi.
Sampai di lokasi didapati seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 6 tahun tangan tersepit di escalator. Anggota bomba berjaya mengeluarkan dan menyelamatkan tangan mangsa kanak-kanak yang tersepit itu.