Mahasiswa Yang Menyertai Mayday-GST 2014 Akan Dikenakan Tindakan Tegas !!!!!!!
Rais Yatim dulunya menteri. Namun dia bukan menteri lagi. Sebaliknya jawatan dia telah bertukar kepada penasihat khas Najib untuk hal2 sosial dan kebudayaan. Selain dari itu dia juga telah dilantik menjadi presiden UIAM.
Ini semua adalah atas jasa2nya yang sudi melepaskan jawatan menteri dan sudi tidak bertanding dalam PRU yang lepas. Tak payah nak berbohong la. Rakyat boleh baca tindakan pemimpin2 negara. Taknak mengaku pun takpe. Tapi korang tak boleh sekat apa yang rakyat fikirkan dalam sanubari masing2.
WAKAKA..
Korang sendiri boleh purhatikan dan nilaikan sendiri. Semua wakil2 rakyat yang tak berguna semuanya tetiba jadi penasihat khas kepada Najib. Siap dapat jawatan tambahan itu ini lagi. Secara logiknya kita sudah ada menteri kebudayaan. Pasal apa kita perlukan penasihat khas pula? Menambahkan satu lagi jawatan bermaksud menambahkan lagi perbelanjaan wang rakyat ke atas gaji menteri2. Untuk satu kerja yang sama perlu ada 2,3 orang yang buat. Ada logik ka? Lepas tue sembang kencang nak pertahankan kuantiti penjawat awam yang wujud. Apahal pula nak buat macam tue? Penjawat2 awam yang tak berfungsi memang la patut dicantas dan dibuang. Bukan kuantiti penjawat awam yang jadi ukuran. Tetapi kecekapan. Ko banyak2 pun tetapi jenis lima orang buat kerja yang sama nak buat apa. Inila yang ramai orang tak faham. Sedap2 diperbodohkan Najib. Nak salahkan Najib perbodohkan rakyat pun susah juga. Ia memerlukan orang tue sendiri bodoh, barula boleh diperbodohkan.
WAKAKAKA.
Yang terkini dorang nak cantas mahasiswa yang sertai demo mayday. Sentap le tue sebab ramai anak muda turun bangkit melawan pelaksanaan GST. Dalam demo mayday kita lihat rata2 yang hadir adalah anak2 muda yang bakal menerajui negara ini. Maka apa lagi. Bila dah sentap mula la buat tindakan merapu. Daripada ko hukum anak2 muda yang berjuang untuk negara baik ko hukum Rais Yatim yang tak guna tue. Btw, student UAI tak malu ke dapat Rais Yatim sebagai presiden dorang? Kalau aku malu. Bukan setakat malu bahkan tak sanggup nak angkat muka.
MUAHAHAHA..
Dan kepada student2 yang terlibat, korang kena cepat2 cover identiti korang. Kita bukan takut kat dorang k. Tetapi kita taknak beri dorang peluang untuk buli dan tindas organisasi kita. Perlu bertindak secara bijaksana. Ada masa2 keberanian itu perlu, ada masa2 kita perlu bertindak secara bijaksana.
Kbai.