Mahathir Minta PAS Tidak Laksanakan Hudud Kerana Ia Tidak Islamik.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pada 1994 telah meyakinkan PAS untuk menggugurkan tuntutan untuk pelaksanaan hudud kerana ia tidak Islamik.
Beliau justeru tertanya-tanya kenapa pentadbiran perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak (kanan) melayan permintaan sebegitu sekarang.
“Mereka fikir mungkin kerajaan memerlukan sokongan,” kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
“Semasa masa saya, saya mengetuai kerajaan yang sangat kuat dengan majoriti dua pertiga (di Parlimen),” tambahnya.
Mahathir menjadi perdana menteri ketika PAS kali pertama mengutarakan undang-undang hudud di Kelantan pada 1993 hari ini menegaskan pendiriannya tidak berubah.
“Saya berpegang kepada ajaran Islam. Dan surat saya kepada Nik Aziz berdasarkan Islam, bukan apa yang dikatakan sebagai sekular...
“Dalam hudud dan al-Quran, yang ditekankan adalah keadilan. Di Malaysia, kamu tidak akan dapat keadilan jika cuba menggunakan undang-undang hudud pada orang Islam dan bukan Islam pula dikecualikan,” katanya. -MKINI-
Baguslah.
UMNO berani mempertikaikan draf hudud yang dibuat oleh PAS dan mengatakan bahawa pelaksanaan hudud itu adalah tidak islamik. Tidak islamik kerana draf hudud PAS mengasingkan undang2 antara orang Islam dan orang bukan Islam.
Kalau macam tue sudah tiba masanya untuk kita mahsuhkan juga undang2 syariah.
Undang2 syariah juga tidak islamik.
Undang2 syariah telah mengasingkan undang2 antara orang2 bukan islam dan orang2 islam.
Maka undang2 syariah juga perlu dimahsuhkan kerana tidak islamik. Islam mementingkan keadilan. Dan undang2 yang tidak adil perlu dimahsuhkan. Betul?
WAKAKAKA..
Di Malaysia ia bukan perkara baru kita hidup dengan dua set sistem perundangan. Kita ada syaria dan kita ada sivil. Syaria hanya untuk orang islam manakala sivil untuk semua. Syaria boleh diperkemaskan dengan penambahan hudud, qisas, takzir. Bukannya buat set undang2 yang baru sebab dua set undang2 memang sudah sedia wujud di negara ini. Pemikiran Mahathir bagi aku mislead. Aku faham point dia bahawa undang2 mesti adil. Tetapi jangan mislead maksud sebenar hudud. Aku setuju perundangan islam harus untuk semua. Aku tak pernah tolak pendapat ini. Tapi aku tak setuju jika kita bagi hujah2 mislead sampai menipu orang ramai. Aku tak setuju part tue. Maaf ek.
Kbai.