Bayi Dihumban Dalam Gaung.. - Kejamnya Manusia
Tahu tak kali neh yang buang bayi tue lelaki? Memang bangang ah. Takde ahti perut langsung. Sial punya orang.
Apa yang berlaku ialah ;
1. Pekerja Indonesia telah dirogol oleh salah seorang majikannya.
2. Selepas melakukan perbuatan rogol dan mendapatinya pekerjanya mengandung, majikan tersebut hantar semula pekerja Indonesia kepada agensi yang hantar pekerja Indonesia tadinya tue.
3. Dalam keadaan mengandung pun disuruh bekerja sana sini lagi. Itu dalam pengetahuan agensi. Bukan tatau. Dorang tahu tapi tak buat apa2 langsung untuk membela hak pekerja yang dirogol tadinya tue.
4. Sudahla mengandung akibat perbuatan rogol, tak bayar gaji pula tue.
5. Sebelum disahkan mengandung pekerja tersebut juga mengalami penderaan seksual.
6. Dan ianya berterusan sampaila dia didapati mengandung.
7. Tak pasal2 melahirkan anak luar nikah.
8. Selepas lahirkan anak penderitaan pun tak berakhir juga.
9. Anaknya yang berusia 6 bulan akhirnya dicampakkan ke dalam gaung.
10. Alasan boss (pemilik) agensi pekerja asing bagitau yang dia panik bila bayi tersebut mati dan tatau nak buat apa dia campak dalam gaung. Selepas pekerja Indonesia tekad lapor polis.
Selama neh aku rasa dorang tak lapor polis bukan sebab tak boleh tapi takut. Lapor karang dorang kena balik sebab takde permit. Kadang2 lapor pun bila kena kat polis tak jujur, dorang gak teraniaya. Serba salah situasi dorang neh. Kesian aku tengok. Yang aku heran kalau budak dah meninggal apasal pula nak campak dalam gaung kan?
Gila. Dah meninggal tanam la. Yang pergi buang sapa suruh. Entahkan betul entah tidak keterangan dia.
Sudahla mengaji pekerja2 yang takde permit.
Ko dera dorang pula. Mental dan fizikal.
Tak bayar gaji. Tak jaga kebajikan dorang. Biarkan dorang dirogol, diraba, didera secara seksual tanpa ada tindakan susulan untuk membela ke apa ke.
Memang inila orangnya yang buat Indonesia jadi marah kat Malaysia. Kalau orang2 Indonesia baca berita neh pun dorang akan sakit ahti punya. Macam mana tak sakit ahti. Kita buat rakyat dorang macam takde nilai. Tak layan macam seorang manusia. Kita tahu cakap pasal hak2 pekerja di negara neh. Tapi kita tak boleh juga lupa, pekerja2 asing juga ada hak2 mereka sebagai pekerja. Mana boleh kita dera dorang teruk2 sampai macam neh. Bagi dorang rasa terseksa apa semua. Dan jangan tatau, kes2 macam neh la yang menyebabkan Indonesia jadi dendam kat Malaysia. Ada yang datang sini dengan niat nak balas dendam pun ada. Geram punya pasal.
Aku angin juga sebab paper tutup muka lelaki tak guna tue. Sialllllllll la. Harap2 ada geng2 polis yang sebarkan wajah penjenayah tue kat wassap. Selalunya ada. Insya-Allah. Tunggu la sesama.
Lelaki tak guna ;
Dia menyerah diri bila polis lakukan siasatan ke atas premis miliknya.
Harap pekerja Indonesia tue dedahkan, majikan mana yang rogol dia sebelum neh. Biar mengelupur majikan tue. Aku nak tengok selama mana dia boleh bernafas dengan tenang.
Kbai.