t>

Breaking News

Gambar Pelajar UPM Dibuli Tersebar?

Gambar bogel pelajar2 UPM tersebar angkara buli? Biar betul kau neh?

Baca bawah jap ;


Laporan oleh Sinar Harian.

Rujuk sini.

Bila aku pergi google kat blog yang sebarkan gambar di atas, aku baca kat akhir artikel dia tulis gambar sekadar hiasan google. Aik, baru edit ke? Kalau gambar sekadar hiasan Google apa kejadahnya Sinar Harian main petik dan sebar?

Jangan tatau. Ada blog2 dan facebooker2 yang sebarkan gambar di atas dengan merujuk kepada kejadian ragging pelajar yang berlaku di UPM baru2 neh.

Dalam kes buli tersebut ;

1. 10 pelajar senior membuli 7 pelajar junior UPM.

2. Apa yang pelajar senior buat ialah menyuruh pelajar2 junior tersebut berbogel dan menghisap rokok.

3. Jika gagal berbuat demikian maka pelajar2 junior tersebut akan dikenakan sesuatu tindakan.

4. Maka nak taknak dorang pun buatla sebab kena buli.

5. Lepas kena buli dorang lapor polis.

6. Kesemua mangsa buli ialah pelajar lelaki sahaja. Tiada penglibatan pelajar wanita sama sekali.

7. Yang lebih teruk perbuatan buli itu turut dirakam menerusi telefon bimbit.
 
8. Pelajar2 yang dibuli itu adalah berketurunan dari bangsa india sebab tue persatuan kaum india masuk campur dalam hal neh.

9. Pelajar2 yang dibuli itu juga selain dari dipaksa merokok juga dipaksa menari dalam keadaan berbogel.

10. UPM kata insiden buli tersebut dah diselesaikan secara aman dengan kesemua pelajar2 yang terlibat saling maaf memaafi antara satu sama lain.

Phuiii..

Mana boleh ko maafkan orang yang membuli macam tue.

Patutnya dedahkan la wajah2 pembuli tue satu persatu. Dah pandai2 buli orang kan. Nah, sekarang masyarakat pula akan buli ko. Apa yang ko rasa? Pembuli2 neh bukan boleh dibagi muka. Selagi tak ajar dorang kaw2 selagi tue la depa akan buli orang. 

Berbalik kepada isu gambar tadi.

Actually tiada gambar yang merujuk kepada kejadian buli tersebut. Gambar yang tersebar kat bawah neh hah ;


Adalah merujuk kepada insiden buli di Korea. Memang trauma la sebab kali neh perempuan. Laki pun ada yang dipaksa bogel. Hadoi..

Rujukan sini.

Apa pun benda2 buli neh tak payah la kita buat. Takde keseronokkan buli2 orang neh. Yang jadi mangsa buli trauma lagi ada. Trauma satu hal, pengaruhi pemikiran dia, sikap dia, rasa rendah diri, takut apa semua. Apa manfaatnya kalau kita dok buli dan hina2 orang neh? Satu sen takde manfaatnya. Menjatuhkan standard manusia lagi ada. Kata manusia tue kaya dengan sikap perikemanusiaan. Adakah membuli itu tindakan yang betul merujuk kepada sikap perikemanusiaan yang patut ada pada seorang manusia? Renungkan.

Kbai.