Harga Mentega dan Gula Proses Pula Naik Menjelang Ramadhan.
Bukan sekadar mentega dan gula aje yang naik.
Ayam.
Daging.
Makanan laut.
Confirm naik menjelang ramadhan. Orang Malaysia dah hafal sangat dah permainan depa. Penguatkuasa pun tak la kuat mana. Masa awal2 je ambush sana ambush sini. Masa akhir2 tak ambush lagi la. Lepas tue kat tv kemain lagi tunjuk berita2 dorang rush pasar sana pasar sini. Padahal setakat ambush 3,4 jenis pasar je. Tapi berita bagai nak rak. Macam buat kerja hari2. Poyo la dorang.
HAHAHA..
Untuk rekod, kat tempat aku peniaga dah bagitau yang penternak akan menaikkan harga ayam. Hah. Belum puasa lagi dah tahu. Ini plan dorang. Peniaga tersepit kat tengah2. Yang pengguna nampak peniaga yang naikkan harga. Disebalik peniaga tue macam pemborong, penternak depa taknak dan tatau. So suka tak suka peniaga akhir la yang kena telan maki hamun sebab dorang direct jual barang kat pengguna akhir.
Bila harga gula proses dan mentega naik maka secara automatik kos nak buat roti, nak buat kuih muih dan segala yang berkaitan akan naik. Dan secara automatik juga harga biskut2 raya akan semakin mahal. Tahun lepas punya harga pun dah cukup mahal dah aku tengok. Tahun neh tatau la berapa mahal lagi dorang akan jual.
Peniaga pun ada pilihan juga.
Samada guna mentega murah yang tak yakin kehalalannya ataupun gunakan mentega yang diyakini halal tapi harga mahal.
Lue fikirlah sendiri ek.
Kbai.