Hot : Mahasiswa Dihalau Dari Dewan Peperiksaan Angkara Berpurdah - Berlaku Di Malaysia!
Adakah bimbang dia akan menipu dalam peperiksaan? Jika bimbang dia akan menipu kepada tak periksa dulu apa yang ada dalam purdah dia? Actually kalau nak menipu tak pakai purdah pun boleh je buat. Rasa macam tak adil pula wanita2 yang berpurdah dilayan sebegitu rupa. Apatah lagi kes neh berlaku di Malaysia.
Baca ;
Baca ;
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Status ‘purdah’ saya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun mengaut perhatian besar. Saya sudah lali, bercerita tentang realiti hidup yang saya alami di FB saban hari, dengan tujuan perkongsian. Mana yang elok, ambil. Mana yang tidak elok, tinggal. Tiada niat juga untuk saya meletakkan mereka yang tidak menutup aurat pada status yang rendah, kerana siapa saya untuk menjadi juri. Kalau boleh tidak ingin diperbesarkan, tetapi eloklah menjadi pengajaran.
Malam ini, saya koreksi diri. Bukan saya ingin membuka identiti purdah saya untuk menunjukkan saya ini baik tetapi saya sedang berusaha ke arah itu. Saya memegang purdah sebagai SUNAT dan itu pilihan. Dan tidak setiap masa juga saya mampu mengenakan purdah, lagi pula saya masih baru dalam lindungan fabrik ini.
Tetapi apa yang mengecewakan, apabila saya perhatikan undang-undang manusia yang semakin jauh dari Islam. Berilah 100 rasional, kenapa purdah tidak dibenarkan dalam universiti? Barulah saya akan akur, bahawa purdah ini memudaratkan. Tapi ternyata tidak bukan? Apakah yang dididik dalam Islam itu memudaratkan? Bukankan purdah itu tujuannya untuk melindungi? Terutamanya untuk perempuan.
Lebih terkilan, apabila saya terkenang pelajar-pelajar lain yang berada di sekeliling saya yang masih belum mampu menutup aurat dengan sempurna. Mereka tenang berlegar-legar dalam zon bebas “buka aurat”, kenapa mereka tidak dikenakan tindakan? Ada yang berambut merah, ada yang berseluar pendek, mini skirt dan lain-lain. Dalam hal ini, bukan saya mempertikaikan kenapa mereka tidak menutup aurat? Tetapi kenapa mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang sedangkan setiap universiti ada kod etika dan pemakaian tersendiri. Kenapa yang memakai purdah sehelai ini yang mati-matian ditegah?
Jujur, yang membuat saya agak marah tadi bukan kerana tidak dibenarkan memakai purdah di dalam dewan peperiksaan, tapi kerana pengawas peperiksaan tadi seolah-olah mencabar hak saya untuk berpakaian apabila saya ‘bertegas untuk tidak buka’. Bila berbicara tentang HAK, itu terpulang pada manusia itu sendiri untuk menentukan. Kenapa harus kakak tadi begitu takut dengan ketua pengawas yang cuma manusia itu?
Saya terfikir, dalam tempoh sesingkat tadi untuk melawan terus. Buktikan mana hitam putih purdah tidak dibenarkan, dan alasan musabab purdah tidak dibolehkan? Kalau dengan alasan PENYAMARAN, itu cukup dangkal dan boleh disangkal. Saya sudi menyelak sekejap purdah, tetapi jangan disuruh untuk buka terus. Akhirnya saya tetap akur dan menghormati ratusan pelajar lain yang sedang menjawab peperiksaan. Akur, tetapi kecewa.
PURDAH. Itu tidak melambangkan baik atau tidaknya seseorang. Jangan kerana seseorang wanita itu berpurdah, dia sudah cukup baik. Tidak semestinya! Sebaliknya, purdah digunakan sebagai perlindungan dan pertahanan dari dosa dan maksiat. Sekali lagi, bukan kerana baik atau tidaknya seseorang.
Namun, jika adanya undang-undang manusia yang jahil seperti ini, sampai bila-bila pun lah tiada orang yang berpeluang untuk menjadi baik. Kerana lebih takut. Dengan undang-udang manusia, bukan dengan undang-undang Tuhan.
Wallau’alam.
Sekian.
Ini facebook dia ==> Zulaikha Adam
Yang aku tak faham. Ada juga budak2 biol yang provoke dia sebab dia mempertahankan hak dia untuk berniqab. Gila betul la. Orang yang seksi bagai dibiarkan. Yang nak tutup aurat asyik kena kacau je. Apa masalahnya disitu? Sepatutnya respect hak dia. Jika rasa niqab berupaya membuatkan dia menipu then lakukan pemeriksaan. Dia dah masuk ke dalam hall dan buat peperiksaan dah pun. Patut lepas habis peperiksaan, kalau rasa syak sangat periksa la dia. Buat apa nak halau2 dia semasa exam sedang dilakukan? Itu satu tindakan yang tak bijak sebenarnya. Dan biarlah. Jika ada mana2 wanita nak pakai purdah pun. Jika korang boleh meraikan wanita yang seksi bagai kenapa tak boleh raikan wanita yang berpurdah?
Fikir2kanla ek.