t>

Breaking News

Majoriti Rakyat Brazil Tolak World Cup 2014.

Memalukan.
Berita2 antarabangsa bukan sahaja update mengenai kemeriahan sambutan World Cup bahkan turut melaporkan ;
1. Majoriti rakyat Brazil menentang penganjuran World Cup
2. Update gambar2 kemiskinan di Brazil
3. Bahkan baru2 neh Google juga cuba sampaikan sesuatu mengenai World Cup dan Brazil. 
Lihat gambar ;

Doodle Google. 
- Rumah kotak2 kecik dan sangat rapat
- Seseorang sedang menyepak bola di atas atap rumah. Bukan di kawasan padang yang lapang dan luas.
Apa maksudnya ini?
Masalah perumahan dan kemiskinan di Brazil sangat teruk. Bola adalah lambang passion di Brazil. Rakyat Brazil suka dan minat bola sepak tetapi sayangnya angkara bola sepak juga mereka dilayan dengan begitu teruk oleh kerajaan mereka. Dengan menggunakan bola sepak kerajaan menghalalkan penindasan ke atas rakyatnya sendiri. Kanak2 ini hidup di kawasan yang sempit dan padat atas alasan duit adalah segala2nya di dunia neh. Bermain bola untuk berlatih menjadi bintang agar suatu hari nanti dapat keluar dari kepompong kemiskinan itu memandangkan kerajaan Brazil lagi pentingkan bola sepak dari menjaga hak2 kebajikan rakyatnya sendiri.
Jangan hanya seronok aje membaca berita2 gembira mengenai WORLD CUP. Cuba luangkan masa untuk membaca siapa yang menangis disebalik kegembiraan kamu semua meraikan sukan tersohor ini. FIFA yang tak henti2 buat keuntungan lagi ada. Adakah dunia akan membiarkan kapitalis untuk terus terusan menggunakan minat kita untuk memperdayakan kita dan mengaut keuntungan dari kita?
Lue fikirlah sendiri.
Baca ;
Kejohanan Piala Dunia bola sepak yang sedang berlangsung di Brazil, pada ketika ini disambut meriah seluruh masyarakat di dunia, kecuali di Brazil sendiri.
Demonstrasi besar-besaran serta rusuhan yang menyebabkan kecederaan seorang wartawan CNN semasa membuat liputan dari Sao Paolo, bandaraya terbesar di Brazil – serta beberapa bandar utama di negara itu menunjukkan Piala Dunia kali ini tidak popular di kalangan negara tuan rumah.
Brazil, negara yang masyarakatnya begitu fanatik dengan bola sepak – mana mungkin negara sepertinya menolak untuk mengadakan acara bola sepak paling besar di dunia ini? Tetapi mengikut bancian suara dari kebanyakan akhbar menyatakan cuma 48% sahaja penduduk Brazil – terutamanya di bandar-bandar menjadi tuan rumah, menyatakan sokongan.
Ramai warga Brazil, terutamanya di kawasan bandar-bandar utama seperti Rio de Janeiro dan Sao Paolo, menolak penganjuran temasya ini, dan dilihat sebagai membazir.
Brasilia membelanjakan hampir US$12 billion (RM38.7 billion) untuk menganjurkan kejohanan ini.
Itu yang secara langsung, yang tidak secara langsung – entah berapa jumlahnya.
Tetapi, keadaan masyarakat Brazil, terutamanya yang tinggal di favela (rumah setinggan) di kawasan bandar utama seperti Sao Paolo dan Rio de Janeiro sangat daif dan sering dijadikan mangsa pihak berkuasa.
Keadaan kehidupan masyarakat favela digambarkan melalui filem Cidade de Deus pada tahun 2002 oleh pengarah Fernando Meirelles, menunjukkan kesan kemiskinan yang teruk di Brazil serta jenayah kejam yang berleluasa di negara itu.
Untuk tujuan keselamatan sahaja, Brasilia membelanjakan US$1 billion (RM3.2 billion) untuk temasya kali ini.
Selain itu, kenaikan kos hidup yang meningkat, cukai-cukai yang dinaikkan serta satu bil baru diluluskan oleh Brasilia – membenarkan penjualan arak Budweiser di stadium – stadium menambahkan lagi api kemarahan di kalangan rakyat.
Brazil sebelum ini mengharamkan penggunaan alkohol di stadium sebelum menganjurkan Piala Dunia kerana bimbang berlakunya pergaduhan dari kalangan pengganas sukan di stadium.
Selain itu, rakyat juga mempersoalkan apa harus dibuat dengan stadium besar ini sebaik sahaja Piala Dunia berakhir.
Jika stadium yang diubahsuai dan dibina itu melibatkan kelab bola sepak Brazil yang besar seperti Corinthians atau Flamengo, itu mungkin tidak menjadi banyak soal.
Tetapi misalnya, Stadium Mane Garrincha di Brasilia, sebenarnya hanya digunakan oleh kelab kecil daripada divisyen bawahan Brazil.
Sudah tentu pada akhirnya – seperti empat tahun sudah di Afrika Selatan – stadium-stadium ini hanya menjadi gajah putih dan monumen bersejarah pembaziran negara.
FIFA, selaku badan yang menjaga hal ehwal bola sepak ini juga, sudah terkenal dengan berlakunya korupsi dan ketirisan dalam hal ehwal perbelanjaan.
Baru-baru ini, FIFA juga terlibat dalam satu lagi kontroversi bola sepak dunia – apabila Qatar dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia edisi tahun 2022.
Dan Qatar dikatakan bersedia membelanjakan US$120 billion untuk penganjuran Piala Dunia ini.
Apa dunia ini sudah gila? US$120 billion dolar Amerika boleh mampu menamatkan masalah pertanian di negara Afrika serta mengurangkan kemiskinan di banyak negara dunia ketiga.
Apakah sebuah negara seluas negeri Terengganu yang penuh dengan hasil minyak ini mempunyai budaya bola sepak serta sudah lengkap dengan infrastruktur?
Sudah pasti tidak, sebab itu mereka memerlukan belanja sebegini punya besar.
Penganjuran kejohanan besar seperti Piala Dunia atau Sukan Olimpik, pada hemah saya – patut hanya dianjurkan oleh negara-negara yang sudah maju dan lengkap dengan infrastruktur, di samping mempunyai budaya sukan yang kuat dari kalangan masyarakat.
Jika sebuah negara yang tidak mempunyai infrastruktur yang meluas serta budaya sukan seperti Qatar ini, tidak harus dibenarkan membida sekalipun, bagi saya.
Jika hanya menggunakan duit petroleum dan dibazirkan untuk menganjurkan sukan terbesar semata-mata, ia tidak menguntungkan masyarakat setempat, bahkan menyusahkan lagi orang ramai.
Penganjuran temasya sukan pada zaman moden ini tidak lebih sekadar mahu menunjuk "punai ekonomi" siapa paling besar, bukan untuk membudayakan sukan itu sendiri.
Bercakap tentang "punai ekonomi" yang besar, saya teringat tentang Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pada zaman Malaysia membida untuk penganjuran sukan itu, pada masa itu Malaysia sedang mengalami zaman kemakmuran dari awal 1990an.
Mungkin tidak ramai yang kisah untuk kerajaan membina sebuah stadium baru berkapasiti 100,000 orang di pinggir bandar Kuala Lumpur, di Bukit Jalil.
Pada masa itu juga kerajaan negeri Selangor juga membina sebuah stadium besar di Seksyen 13 Shah Alam, berkapasiti 81,000 orang.
Tetapi sebaik sahaja Sukan Komanwel berakhir, Stadium Bukit Jalil ini tidak digunakan mengikut kapasitinya yang sepatutnya.
Selain menjadi tapak pesta Jom Heboh atau penganjuran konsert, apa lagi stadium ini boleh digunakan?
Perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini juga dianjurkan di Stadium Shah Alam, dan bukannya Stadium Bukit Jalil.
Kenapa tidak digunakan stadium nasional ini? Kenapa stadium ini sering dikatakan mengalami kerosakan pada rumput, pada lampu, bumbung, macam-macam?
Tidakkah stadium ini sudah menjadi gajah putih dan monumen kepada satu lagi projek membazir yang penuh bersejarah pada negara?
Itu belum saya ulas tentang stadium runtuh di Terengganu yang dibina sempena acara Sukma. Apa cerita dan laporan penuh tentang stadium itu?
Bagaimana pula dengan laporan penuh terutamanya perbelanjaan menganjurkan Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, dah keluar ke belum?
Dah 16 tahun dan selepas penganjuran, rakyat masih tidak tahu berapa kos sebenar penganjuran sukan negara-negara jajahan British ini. -TMI-