t>

Breaking News

Najib, Rosmah Kena Saman.



Keluarga mendiang P Balasubramaniam menyaman sembilan individu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk memohon ganti rugi, kerana dipaksa berada dalam buangan di India selama hampir lima tahun.

Tindakan tersebut diambil selepas penemuan "bukti baru", kata peguam keluarga mendiang, Americk Sidhu dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurutnya, tuntutan itu difailkan susulan terdapat bukti baru yang mengaitkan urutan peristiwa yang berlaku pada malam 3 Julai dan pagi 4 Julai 2008 dan yang mengaitkan kesemua defendan yang didakwa memainkan peranan penting dalam melakukan salahlaku terhadap plaintif dan mendiang.

Antara defenden yang dinamakan dalam tindakan saman itu termasuk adik Najib, Nazim Razak, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan ahli perniagan Deepak Jaikishan.

Writ saman dan kenyataan tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 jun lalu. Plaintif dalam tuntutan itu ialah isteri Bala, AS Selvi dan tiga anaknya. -MKINI-

Tak sabar2 aku nak dengar penghujahan mengenai saman tersebut di mahkamah. Aku cuma nak tahu beberapa perkara aje.

1. Apa kaitan Altantuya dengan Najib?

2. Apa kaitan Rosmah dengan Deepak?

3. Macam mana mendiang Bala boleh terbabit dalam kes pembunuhan kejam mendiang Altantuya?

4. Siapa yang menyebabkan mendiang Bala tukar akaun bersumpah?

5. Kenapa C4 boleh terlepas keluar?

6. Kenapa rekod kemasukan Altantuya boleh hilang?

7. Kenapa Sirul dan Azhar mahu membunuh Altantuya?

8. Kenapa Razak Baginda menghilang selepas dibebaskan?

9. Kenapa wajah Sirul dan Azhar ditutup sepanjang masa perbicaraan pembunuhan kes Altantuya?

10. Apa sebab sebenarnya Altantuya sanggup terbang ke Malaysia untuk bertemu Razak Baginda?

Aku harap saman tersebut boleh merungkai persoalan2 aku di atas.

HAHA..