t>

Breaking News

Suami Lola Tampil Memberikan Penjelasan - Isteri Saya Sayangkan Firdaus..


Kahwin sorok2 rupanya.

Patutlah tak berani nak tunjuk muka. Kahwin sorok2 selama 10 tahun. Sampai sekarang isteri pertama kena tipu. Dia tatau apa2. Kalau terpapar aje gambar lelaki tersebut kat suratkhabar maka tahu la wanita itu bahawa dia madu kepada Lola.

Jangan2.

Perempuan tue pun tumpang semangkok kutuk ibu Lola kat laman maya.

Alih2 terkutuk madu sendiri.

Hahaha..

Lawak ke? Tak lawak beb. Apasal aku gelak hah..

Abaikan.

BTW. Ini ada sesuatu. Kebetulan. Semalam kecoh pasal cadangan agar UAI pinang ibu Lola, hari neh dan2 suami kepada ibu Lola muncul. 

HAHAHAHA..

Baca ;

“Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.

“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya.

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.

“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.


“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya. -BL-