t>

Breaking News

Tongkang Karam - Dimana Waris Mangsa Yang Terkorban?


Sedihnya baca luahan wartawan Astro Awani tadi. Rupany2 sampai sekarang takde sesiapa yang menuntut mayat kesemua mangsa lemas. Mangsa yang mati lemas tue ialah warganegara Indonesia. Indonesia neh pun satu halnya. Apesal lambat sangat untuk datang ke Malaysia dan lakukan proses budi bicara dengan kerajaan kita? Nak tunjuk besar kepala ke apa?

Suasana di luar bangunan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kelihatan muram selepas satu demi satu mayat mangsa tragedi tongkang karam di bawa masuk.

Lima mayat mangsa tiba di perkarangan Jabatan Forensik pada jam 4 petang.

Cuaca yang terik pastinya dapat membuat sesiapa sahaja merasa penat. Bisik-bisik kedengaran di antara pemberita dan jurukamera mereka, mungkin mula merasa letih selepas seharian menunggu tanpa jawapan daripada mana-mana pihak.

Selepas lebih empat jam menunggu, tiba lori kedua yang membawa tiga lagi mayat, tetapi kelibat ahli keluarga tetap tidak kelihatan.

Mereka yang menunggu di luar Jabatan Forensik mula membuat spekulasi sendiri.

“Mungkin lewat sedikit ada waris akan datang.”

“Mungkin lewat sedikit pengarah hospital akan datang untuk memberi kenyataan.”

Ya, mungkin.

Setengah jam kemudian, sebuah lori lagi tiba membawa mayat seorang wanita.

“Wanita itu nampak muda,” kata seorang pengawal keselamatan beruniform putih yang selesa dipanggil pakcik.

Semakin lewat malam, seorang demi seorang pemberita pulang tanpa mendapat apa-apa perkembangan terbaru.

“Mungkin esok kita akan dapat maklumat terbaru,” kata salah seorang pemberita sambil berjalan lalu.

Tiga buah khemah dipasang di hadapan pintu masuk Jabatan Forensik bagi memudahkan urusan antara pihak hospital dan waris mangsa.

Tetapi, dimana warisnya? Tiada siapa yang ingin menuntut mayat mereka yang sedang dibedah siasat itu?

“Entah,” jawab seorang anggota polis sambil mengerutkan dahinya.

Sembilan mayat di bawa pada Rabu, namun tiada waris atau ahli keluarga hadir untuk menuntut mayat mereka atau setidak-tidaknya menunggu sementara proses bedah siasat selesai.

Yang ada hanyalah anggota polis, petugas hospital serta pemberita yang datang untuk ‘menyambut’ mereka.

Sayu keadaan apabila melihat tempat menunggu bagi ahli keluarga terus kosong sehingga jam 10 malam.

Sedikit harapan wujud apabila sekumpulan warga Indonesia tiba di perkarangan hospital namun sebaliknya, mereka tiada kaitan langsung dengan sembilan mangsa tersebut.

Semalam, 97 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia yang menaiki tongkang ini sedang dalam perjalanan ke kampung halaman mereka bagi menyambut bulan Ramadan yang hampir tiba.

Niat di hati untuk pulang ke kampung bertemu keluarga tercinta tidak kesampaian apabila tongkang tersebut karam.

62 orang daripada mereka berjaya diselamatkan, namun nasib lagi 26 masih belum diketahui.

Jika mereka ditemui, adakah nasib mereka sama seperti sembilan mayat itu? Harapnya tidak. Harapnya ada ahli keluarga yang akan datang menjemput mereka. - Awani-

Pertama. Yang terkorban tue semuanya warga asing.

Kedua. Mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Ketiga. Itu menyebabkan mereka dilabel sebagai PATI aka pendatang tanpa izin aka pendatang haram.

Keempat. Mati adalah mati. Yang hidup sudah menjadi mayat. Makanya, walaupun mereka ialah pendatang tanpa izin sepatutnya pihak berkuasa Indonesia harus segera kemari untuk uruskan proses jenazah.

Kelima. Aku tengok tragedi berkenaan meskipun mendapat liputan meluas tetapi ianya tidak begitu mampu meraih simpati orang awam.

Keenam. Indonesia sepatutnya tiba di Malaysia secepat yang mungkin untuk tinjau nahas kejadian.

Ketujuh. Berkemungkinan besar waris kepada mangsa memang tidak akan munculkan diri jika berada di Malaysia sekalipun kerana dibimbangi akan ditahan dan dikenakan pertuduhan. Itu sebab kerajaan Indonesia la yang kena memainkan peranan untuk menguruskan jenazah2 mangsa yang terkorban.

Susah jadi PATI neh. PATI yang baik okay. Bukan yang jenis buat jenayah dan buat jahat kat orang. Susah. Hidup kat negara sendiri. Susah. Nak cari makan susah. Pemimpin pentingkan diri. Lepas tue nak datang mencari kerja di Malaysia. Nak bayar agent plak mahal. Malaysia dan Indonesia sama2 buat bisnes menguntungkan buat agensi pekerja asing. Makanya gunakan cara yang tidak sah untuk memasuki Malaysia dengan harapan nak bagi anak bini makan. Ibu bapa makan. Adik beradik makan. Dan diri sendiri makan. Itu yang kerja bagai nak rak. Rajin gila sampaikan orang tempatan plak rasa tergugat. Kalau warga asing terlalu rajin bekerja dengan gaji yang tak seberapa, mana2 warga tempatan pasti rasa rungsing. Kita nak kena mark up usaha kita supaya dapat menyaingi kerajinan mereka pula. Itu yang kadang2 rakyat Malaysia jauh hati dengan warga asing. Tapi warga asing neh pun bekerja rajin2 sebab nak mencari nafkah. Nak kumpul duit banyak2 dan kembali ke kampung halaman untuk bina perniagaan sendiri. Ada yang bina rumah. Janji dapat lepas bina rumah, berniaga atau dapat tanggung anak2 belajar sampai ke peringkat universiti okay la. Itula dari sisi dorang. Sebenarnya kita semua dah kena tindas dengan satu sistem jaringan kapitalis dan pemimpin2 yang zalim. Baik kita mahupun warga asing masing2 ada kisah hidup masing2. 

Fikir2kan ye.