t>

Breaking News

Zahid Hamidi Keluarkan Amaran - Rakyat Malaysia YG Berjuang Di Syria Akan Ditangkap !!!!

Apa punya menteri la. Tegas tak salah. Tapi ketegasan tue biarlah bertempat. Tak faham betul la aku dengan tindakan dia neh.


Aku tak galak. Aku juga tak larang. Jika ada mana2 rakyat Malaysia yang mahu ke Syria untuk berjuang. Aku tak galak sebab aku tak bersetuju dengan campurtangan menggunakan cara peperangan. Jika rakyat Malaysia mahu ke Syria pada aku cara terbaik ialah misi bantuan kemanusiaan. Jadi doktor. Jadi wartawan. Jadi jururawat. Bina hospital. Bina sekolah. Jadi cikgu. Jadi sukarelawan. Hulurkan bantuan. Hantar sumbangan. Yang neh aku sangat sangat mengalakkan. 

Tapi kalau nak terlibat dalam pertempuran, mahu meluaskan lagi elemen2 peperangan aku tak setuju. Bagi aku keganasan tidak boleh menyelesaikan masalah. Aku tatau bagaimana peperangan boleh menyelesaikan masalah mereka. Aku juga tidak tahu jika peperangan satu2 sahaja jalan yang mereka ada. Aku juga tidak pasti mungkin mereka terdesak untuk berperang. Yang aku nampak peperangan hanya akan menghilangkan lebih banyak nyawa2 yang tidak bersalah. Peperangan juga akan menyebabkan pelbagai pihak menderita. Ia akan merosakkan negara. Ekonomi. Melambatkan kemajuan dan pembangunan. Menghalang kanak2 dari membesar dalam suasana yang aman. Akan wujud golongan yang tersisih dari pendidikan. Akan wujud golongan yang tertindas. Akan wujud pelbagai kelas masyarakat yang terasing akibat kesan peperangan.

Sebab itu aku menolak cara peperangan.

Bagi aku sedaya upaya mencapai resolusi berdamai lebih baik. Gencatan senjata. Duduk dan berbincang. Mencari persefahaman. Bukan dengan saling bunuh berbunuhan antara satu sama lain. 

Tapi aku juga tak setuju langsung dengan cara Zahid Hamid neh. Lagi mengarut. Kurang2. Aku boleh faham yang FSA mungkin di asak untuk mempertahankan diri. Tapi si Zahid Hamidi neh apahal pula kan?

Baca ;
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di sana.
"Kami peroleh maklumat dan jika menjejak kaki di Malaysia, tangkapan dan pendakwaan akan dilakukan," katanya pada sidang media selepas menghadiri pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Hotel Royale Chulan, Damansara, hari ini. -TMI-


Suka tak suka, Zahid Hamidi, aku, ko dan kita semua perlu menghormati hak asasi masing2. Jika ada rakyat Malaysia memilih untuk berjihad, syahid ataupun berperang di Syria la senang cakap, maka biarkan mereka dan keputusan mereka.

Malaysia mungkin bimbang. Jika pengaruh itu berterusan ia akan mempengaruhi hubungan diplomatik Malaysia dengan Syria. Malaysia dengan USA. Namun kerajaan Malaysia juga boleh bertegas. Bahawa mereka tidak mengalakkan rakyat mereka untuk campur tangan dalam urusan negara Syria.

Cukup la sekadar itu.

Buat apa nak hukum rakyat sendiri?

Seseorang yang nak pergi berjihad ataupun tidak, kita bukan sapa2 yang patut halang keinginan individu.

Lainla kalau dia merompak ke. Lakukan jenayah ke. Ini pergi berjuang. Pergi berperang untuk membantu pihak2 yang tertindas. Syahid atau tidak bukan aku dan ko yang tentukan. Itu kerja tuhan.

Jika pejuang2 Malaysia bagi pembebasan di Syria rasa mereka berjuang dengan cara yang betul, hormati sudah. Taknak terima pun takde masalah. Aku pun tak bersetuju tapi perlu la belajar untuk hormat dan raikan kepelbagaian. Yang p buat kerja gila dengan tangkap, dakwa dan hukum mereka buat apa? Si Jamil pongpang2 merepek cakap Malaysia negara Islam. Tapi si Zahid pula nak hukum orang yang nak mati syahid. Negara islam apa macam neh?

Lue fikirlah sendiri ek.