t>

Breaking News

2 Jenama Ayam Ini Tidak Halal - Tolong Ambil Tahu.


Ada masuk tv ka? Takde kan? Patut benda macam neh la diwar2kan dalam tv dan media massa. Mohon semua take note ye. Ada 2 jenama ayam yang rupa2nya di import dari luar negara adalah diyakini tidak halal.

Status halal dua jenama produk ayam yang dijual di pulau ini didapati meragukan, kata Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Jenama itu ialah Tyson dan Chicken Wing kod EZG253.

Beliau berkata perkara itu disedari Labuan Halal Hub Sdn Bhd yang menempah produk terbabit untuk diedarkan.
 
“Negara asal pengeluar produk daging ayam jenama Tyson ialah Amerika Syarikat tetapi permit dan logo halalnya dari negara lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menasihati pemborong agar tidak membuat tempahan dan mengedar kedua-dua produk tersebut.

Pemborong, peniaga dan pengguna boleh membuat semakan produk daging ayam dan daging kerbau halal yang diimport ke negara ini diwww.dvs.gov.my, katanya.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Kastam Labuan, Wasimin Daiman berkata tidak terdapat pengimportan produk daging ayam dua jenama tersebut ke Labuan.

Beliau berkata hanya dua jenama produk daging ayam import yang memenuhi keperluan sijil halal yang dijual di Labuan iaitu jenama Persia (dari Belanda)
dan Frisia (Denmark).

“Dua jenama yang didakwa itu mungkin dibawa dari Sabah atau Sarawak dan tidak melalui pemeriksaan agensi berkaitan ketika dibawa masuk ke Labuan,” katanya.