t>

Breaking News

20 Anggota ISIL Di Malaysia - Mahu Letupkan Bangunan Di KL Pula Dah.

Percubaan yang sangat longgar dan mudah dibaca. Ingat ini budak2 yang baru lahir ke ko nak tipu.

Adoyai.

Yang tersebar di wassap sejak semalam. 

Lihat ;


Dan baca dulu ;

Anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) dipercayai merancang untuk meletupkan sebuah bangunan di ibu negara.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, seorang individu menerima maklumat itu selepas mendapat panggilan daripada seorang anggota polis yang bertugas di United Kingdom, kelmarin.

“Anggota polis itu memberitahu seorang lelaki, dipercayai anggota ISIL, dikenali sebagai Nissah, terbang dari Singapura dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, menggunakan pesawat MH608,” katanya.

Sumber itu memaklumkan, maklumat sama turut mengatakan kira-kira 20 anggota ISIL sudah berada di Malaysia.

Menurutnya, kumpulan terbabit dipercayai akan meletupkan bangunan yang menjadi sasaran mereka dengan menggunakan gas silinder.

Seorang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan menerima laporan tersebut dan sedang menyiasat perkara berkenaan.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan lima individu, termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad, 36, diburu.

Beliau berkata, empat lagi ialah pemilik kedai fotostat, Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraime Awang Raime atau Abu Nur, 39, serta dua lagi, Jeknal Adil atau Jek, 30, buruh, dan Mohd Amin Baco, 31.-SH-

1. Hujah yang sangat longgar. 

2. Takde apa2 bukti konkrit yang menyokong dakwaan tersebut.

3. Jika betul 20 anggota ISIL mahu letupkan bangunan kenapa polis UK hubungi polis biasa? Kenapa tak hubungi HQ terus? BIG BOSS PDRM? Ingat ini isu main2 ke?

4. Lagipun. Mana boleh main salur2 maklumat ikut telefon sebarangan. Mestilah polis UK patut providekan bukti bagi menyokong kenyataan itu.

5. Main petik aje sebut polis UK. Tah betul tah tidak.

6. Tue dia. Siap ada lagi masa bila suspect sampai. Takan tak boleh siasat nama2 penumpang?

Sudah2la nak memperbodohkan orang. Aku memang tak percaya berita2 begini. Yang aku nampak.

- Beberapa individu dikait sebagai pengganas.

- Untuk menampakkan yang ISIL ka ISIS ka apa ka sudah bertapak di Malaysia maka buat satu jalan cerita untuk tanam persepsi.

- Ini dibuat supaya orang ramai akhirnya akan terima bila kerajaan tangkap pejuang2 yang ke Syria atas alasan JIHAD.

- Hakikatnya, berjihad ke SYRIA lain. Isu ISIS, ISIL neh pula lain.

Jangan la cuba memperbodohkan rakyat. Sudah2la woi.