Anak Haram Tua Kata Presiden Uruguay Kepada FIFA Isu Gigitan Suarez.
PRESIDEN Uruguay, Jose Mujica menggelar Fifa sebagai 'sekumpulan anak haram tua' dalam serangan terhadap badan bola sepak dunia itu yang menghukum penyerang negara tersebut, Luis Suarez.Suarez digantung pembabitannya dalam bola sepak selama empat bulan selepas mengigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.Mujica, 79, menggelar Fifa sedemikian selepas ditanya pemberita mengenai nasib Uruguay yang tewas kepada Colombia pada saingan kalah mati.Sejurus berkata demikian, kumpulan wartawan bertanya kepada Mujica adakah ingin menarik semula kenyataan itu.Bagaimanapun, dengan ringkas Mujica menjawab, "Siarkannya."Reaksi wajahnya kelihatan marah ketika mengeluarkan kenyataan tersebut. -MSTAR-
FIFA pula beranggapan hukuman yang dikenakan itu berbaloi atas alasan Suarez bagi alasan mengarut untuk cover tindakan mengigit Chiellini. Sebelum neh pun si Suarez memang ada rekod insiden gigit mengigit neh sebenarnya.
Baca ;
BRASILIA: Alasan Luis Suarez yang dianggap mengarut mungkin akan mengakibatkan tempoh penggantungannya kerana menggigit pemain Itali tidak dipendekkan. Suarez dikatakan mendakwa terjatuh secara tidak sengaja ke atas lawannya, Giorgio Chiellini ketika insiden itu berlaku.
Menerusi sepucuk surat yang dikirimkan bintang Uruguay itu kepada Fifa, Suarez menjelaskan, beliau tidak berniat menggigit atau cuba menggigit pemain pertahanan Itali itu pada perlawanan Piala Dunia di Natal, Rabu lalu.
Surat Suarez untuk Fifa berbunyi: “Susulan impak itu, kedua-dua lutut saya berlanggar, saya hilang keseimbangan dan badan menjadi tidak stabil lalu terjatuh ke atas lawan. Ketika itu, muka saya terlanggar pemain itu, menyebabkan lebam kecil di pipi saya dan kesakitan yang kuat di bahagian gigi hingga memaksa pengadil menghentikan perlawanan. Inilah yang sebenarnya berlaku dan saya tidak pernah berniat, seperti yang tertulis dalam dokumen, ‘menggigit’ atau ‘cuba menggigit’.”
Ahli Jawatankuasa Disiplin Fifa memandang serius perbuatan itu dan mengenakan hukuman berat kepada Suarez dengan mengharamkannya terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan digantung sembilan perlawanan antarabangsa.
Alasan bertulis Fifa mengenai hukuman berkenaan dikeluarkan Sabtu dan dokumen itu juga memaklumkan penjelasan Suarez berhubung isu pelanggarannya dengan Chiellini.
Tindakan Suarez mempertahankan perbuatannya itu memberikan kesukaran kepada Liverpool yang terdesak menjual penyerang itu walaupun sedar pemain itu tidak boleh meminta yuran perpindahan £80 juta (RM437.7 juta) susulan insiden mengejutkan itu.
Uruguay menewaskan Itali 1-0 dan layak ke pusingan kedua namun tewas kepada Colombia awal pagi semalam.
Dakwaan Suarez yang beliau tidak bersalah adalah satu kesilapan besar. Jawatankuasa Disiplin Fifa mengatakan bintang bola sepak itu tidak menunjukkan sebarang penyesalan untuk tidak mengulangi perbuatan itu.
Walaupun FIFA anggap SUAREZ seperti tak menyesal akan tindakannya, namun SUAREZ awal2 lagi dah minta maaf secara terbuka menggunakan laman sosial. Yang kena gigit pun dah lupakan insiden tersebut. Dan berharap hukuman Suarez akan dikurangkan.
Lihat ;
PENYERANG Uruguay, Luis Suarez akhirnya memohon maaf kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini minggu lalu.
Gara-gara kelakuan tersebut, Suarez digantung sembilan perlawanan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan dia berjanji insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi.
"Sebenarnya kawan saya Giorgio Chiellini menderita secara fizikal selepas saya menggigitnya," jelas Suarez di laman Twitternya.
"Saya sesungguhnya sangat menyesal. Saya minta maaf kepada Giorgio Chiellini dan seluruh keluarga bola sepak.
"Saya berjanji kepada semua orang yang perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi".
Sejurus selepas itu, Chiellini membalas tweet Suarez: "Semuanya sudah dilupakan. Saya harap FIFA akan mengurangkan denda kamu."
Insiden ini merupakan yang ketiga oleh Suarez selepas menggigit pemain PSV Otman Bakkal (2010) dan pemain pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic 2013.
Hukuman ini dijangka akan berakhir pada 1 November apabila Liverpool akan bertemu Newcastle pada aksi kelab Liga Perdana Inggeris.
Sementara itu Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) dilaporkan akan membuat rayuan terhadap hukuman Suarez ini.
Mereka mempunyai tempoh sehingga Ahad ini untuk menghantar rayuan tersebut kepada FIFA. -MSTAR-