t>

Breaking News

Gelandangan Di Selangor Ini Perlukan Bantuan Segera - PR Selangor Sibuk Berebut Kuasa.


Aku pantang betul la baca cerita macam neh. Ahti aku rungsing. Sudahla dengan anak2 sekali plak tue. Kalau orang dewasa aje aku kurang gelisah. Tapi bila ada budak2 jadi semacam sayu. Tolongla sesiapa yang berdekatan di Klang tue jenguk2kan keluarga ini.

Dengan keadaan pondok tak berdinding, nyamuk segala macam manak nak tidur waktu malam? Kalau siang hari takde nyamuk, tapi susah juga hidup macam neh. Takde tempat tinggal. Gelandangan juga neh. Kat Selangor kali neh.

Beberapa point penting.

1. 3 bulan jadi gelandangan. 3 bulan tue beb. Dengan 3 orang anak kecil. Dan ketika itu ibu kepada anak2 sedang sarat mengandung sebelum melahirkan anak di Tasik Shah Alam. 

2. Sapa yang pernah mengandung dan melahirkan anak mesti sukar nak bayangkan dalam masa ko sarat mengandung ko hidup kat luar sebagai gelandangan dengan makan terkontang kanting dengan anak2 lagi..

3. Lepas tue lahirkan anak kat kawasan terbuka seperti di Tasik Shah Alam. Ini satu keadaan yang menyedihkan.

4. Sebelum neh LZS yang bayarkan sewa rumah tapi secara kontrak la.

5. Bila kontrak dah tamat mereka kena keluar tapi takde tempat tinggal sebagai ganti.

6. Gila. Kenapa pula takde belas ihsan terhadap orang susah. Apa salahnya panjangkan hal tersebut kat LZS memandangkan keadaan kawan tue tak berdaya. Apa punya kejam la tuan rumah. SIAL la kau.

Kali neh aku harap bagi teruslah rumah PPR sebijik kat keluarga neh. Takde sewa2 terus dah. Bagi aku je la terus memandangkan suami dia pun 'sakit jiwa'. Kira kategori OKU aka hilang upaya gak untuk berfikir dengan waras. Takan kerajaan negeri tak boleh nak bantu kot? Ye la ye la.. sibuk bergaduh pasal kerusi kan.

Baca ;

Klang: Betapa sengsaranya seorang isteri apabila bukan saja bersuamikan lelaki yang pada zahirnya umpama ‘halimunan’, malah pada masa sama hidup terkontang-kanting dan terbiar seperti pengemis bersama empat anak tanpa tempat tinggal.

 Episod sedih wanita ini dapat disaksikan apabila wartawan Metro Ahad bersama Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang, Umar Zakir Sayuti dan dua kakitangan jabatan itu menemui Rafedah Mohd Yusoff, 34, suaminya Zamri Ismail, 34, selain dua anak perempuan berusia tiga dan lapan tahun serta seorang anak lelaki berusia 10 tahun di sebuah wakaf bersebelahan surau Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, awal pagi Rabu lalu. 

Memilukan apabila mereka dalam keadaan tidak terurus dengan tiga kanak-kanak itu tidur berselerakan beralaskan lantai, cadar nipis dan bantal usang dalam kedinginan embun pagi, selain keadaan beg pakaian dan pakaian bersepah. 

Bagaikan membongkar duka yang lama terpendam, Rafedah terlebih dulu memaklumkan dia sangat merindui seorang lagi anak lelakinya yang baru dilahirkan 1 Jun lalu, tetapi terpaksa ditempatkan di HTAR berikutan dia dalam keadaan tidak sesuai untuk menjaganya.

Katanya, dia sekeluarga hidup merempat sejak tiga bulan lalu selepas keluar dari kediaman yang disewa kerana tamat kontrak sewaan. “Sewa rumah dulu dibayar Lembaga Zakat Selangor  (LZS) .Keadaan menjadi lebih buruk apabila suami sakit.Setiap hari dia mendakwa mendengar suara ghaib menyuruh berdiam diri dan kadang kala keluar bersendirian tanpa hala tuju seperti dia tidak mengenali saya dan anak,malah seolah-olah tidak wujud.
”Anak yang baru lahir itu langsung tidak dipedulikan.Tiada azan ditelinga anak selepas dilahirkan.malah saya melahirkan anak itu dikawasan Tasik Shah Alam.’’katanya sebak.

Menurtnya insiden melahirkan anak dikawasan Tasik Shah Alam iu berlaku ketika dia bersama suami bercadang bertemu rakan mereka untuk mendapatkan bantuan mencari rumah sewa. “Tiba-tiba saya sakit perut dan terus melahirkan anak.Suami ketika itu bagaikan berada dalam dunia lain apabila dia bersama 3 anak mahu ke motor sikal.
“Akhirnya orang ramai yang lalu lalang membantu,termasuk memotong tali pusatanak,sebelum saya dan anak dibawa ke HTAR.

“Dalam keadaan tidak berumah dan tiada sumber kewangan,anak saya terpaksa diletakan di bawah jagaan HTAR,’’katanya yang bergantung harap kepada sumbangan LZS sebanyak RM350 sebulan. Rafedah berkata,lelaki itu adalah suami ketiganya dan mereka berkahwin Mac tahun lalu.

Katanya,tiga anaknya yang berusia tiga,lapan dan sepuluh tahun adalah daripada hasil perkahwinannya dengan dua lelaki yang didakwanya meninggal dunia. “Suami mula berubah selepas berhenti kerja sebagai pegawal keselamatan.Ketika itu dia mula memaklumkan saya,dia dia mendengar suara ghaib.Kerana suara ghaib itu juga,saya ibarat orang asing dan harapan saya supaya dia berubah selepas mendapat zuriat tidak kesampaian kerana keadaannya tetap sama,’’katanya.

Menurutnya hidup dalam keadaan tidak cukup makan dan hidup seperti pengemis,dia buntu,apatah lagi memikirkan mengenai anak-anaknya. “Dua anak saya sepatutnya bersekolah tidak bersekolah.Makan minum juga tidak menentu.
“Sepanjang Ramadan ini bolehlah menumpang makan di surau ketika berbuka,itupun saya beri keutamaan kepada anak,’’katanya yang mendakwa dia dan suami hanya makan sedikit roti ketika ditemui ketika sebelum mengharapkan ihsan wang untuk membeli makanan.

Katany,keengganan suaminya melakukan pemeriksaan doktor menyebabkan dia dalam kebimbangan. “Saya tidak tahu nak buat apa.sudahlah nasib keluarga begini

“Apa yang perlu saya lakukan adalah memohon kembali bantuan rumah daripada LZS dan mencari rumah sewa,’’katanya. Sementara itu,sepanjang temu ramah dijalankan,’Zamri lebih banyak mendiamkan diri seperti berada di dunia. -HM-