t>

Breaking News

Luahan Sedih Doktor Dari Gaza - Mesti Baca !! #Pray4Gaza


WARKAH SEORANG DOKTOR DARI GAZA..

Wahai teman-teman,

Sukar untuk saya memulakan surat ini. Surat yang telah lama ingin saya titipkan tetapi sentiasa gagal menyiapkannya. Hari ini, saya semakin kuat dan apa yang tertulis datangnya dari hati saya sendiri.

Sebenarnya, tidak ada satu malam pun di Gaza yang tenang. Letupan bom berlaku di mana-mana. Serangan bumi yang dilancarkan Israel ke atas Gaza menyaksikan begitu ramai mangsa yang cedera parah dengan darah mengalir di sana sini.

Itu belum lagi menyaksikan sendiri mangsa dengan badan terkoyak dan terpisah hanya menunggu saat ketibaan ajal. Mereka semua yang menjadi korban serangan ini adalah rakyat Palestine.

Puak Yahudi Israel tidak pernah kenal usia yang hendak dimusnahkan. Asalkan bangsa Palestin, mereka hanya menunggu masa untuk dikuburkan. Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini.

Saya semakin membenci kekejaman Yahudi terhadap mangsa yang merupakan orang awam tidak berdosa. Sebagai anggota penyelamat, saya dan petugas sukarelawan lain bekerja dari 12 hingga 24 jam sehari mengikut giliran mengusung mangsa dan korban ke semua hospital di Gaza.

Kami bekerja ikhlas tanpa bayaran. Malah ada anggota penyelamat ini yang bertugas tanpa gaji di Shifa sejak empat bulan lalu. Itulah pengorbanan mereka dalam merawat pelbagai rupa pesakit bernama manusia!

Saya bermain dengan darah setiap hari tanpa sedikit pun rasa takut atau geli malah tetap sentiasa bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Ini semua kerana terpaksa hasil perbuatan keji tentera Israel yang menyifatkan rakyat Palestine seperti binatang yang harus disembelih.

Jahatnya Yahudi Israel melebihi haiwan yang tidak berakal. Itulah yang menghantui kotak fikiran saya.

Terus terang saya katakan, sepanjang berada di bumi Gaza, tugasan saya sebagai doktor di sini sudah tidak mampu lagi untuk memikirkan kesakitan, ketakutan dan ketabahan rakyat Palestin. 

Pada masa-masa tertentu, saya seperti ingin menjerit sekuat hati, memeluk kuat seseorang dan menangis sambil mencium rambut kanak-kanak yang diliputi darah.

Saya kagum melilhat ketabahan rakyat Palestine yang pada hakikatnya sudah tidak berdaya apalagi dengan kehilangan orang tersayang sekelip mata. 

Semua ini memberi kekuatan kepada saya untuk terus membantu mereka dalam apa cara sekalipun. Untuk pengetahuan semua, kolam darah tidak pernah kering di hospital dan tidak kelihatan akan surut.

Di bilik kecemasan, darah sentiasa memenuhi ruang namun semuanya sudah pasrah dalam diri saya. Ketika saya menulis nota ini, saya bersendirian di dalam bilik tidur, di atas katil. Airmata saya tidak pernah putus mengalir. Bukan lagi sedih tetapi marah, geram, sakit hati dan sebagainya.

Apa lagi daya mereka di Palestin selain memperbanyakkan doa tulus daripada seluruh saudara Islam di dunia?

Baru sebentar tadi, ketika saya masih lagi menulis, saya terdengar bedilan bom tentera Israel tanpa belas. Saya amat kesal apabila memikirkan bagaimana Amerika tergamak bersekutu dan menyokong Israel ketika negara-negara lain menjerit-jerit mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh puak Yahudi ini.

Wahai Tuan Obama, tidakkah anda mempunyai sekeping hati? Itulah yang bermain di benak fikiran saya. Ingin sekali saya mengajak Obama bermalam di Gaza. Cukuplah satu malam sahaja dengan rakyat Palestine di Shifa. Saya yakin jika Obama bermalam di Shifa, segalanya akan berubah 100 peratus dan pasti akan menjadi sejarah. 

Orang yang mempunyai sekeping hati tidak akan meninggalkan Shifa begitu sahaja jika berpengalaman bermalam di sini. Paling pasti, jika dia mempunyai sekeping hati, kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin pasti akan bertemu titik noktah. Tetapi mana mungkin Obama yang tidak mempunyai hati bermalam di Shifa?

Hanya doa sahaja yang boleh membantu penderitaan rakyat Palestine. Teruskan berdoa tanpa henti biar pun sungai darah rakyat yang tidak berdosa tidak putus mengalir. Sungguh saya bukan orang Islam tetapi saya mempunyai hati dan perasaan.

Saya tetap akan berdoa mengikut cara saya dan saya yakin, doa kita semua akan membantu menyelamatkan rakyat Palestin sekaligus menjahanamkan golongan Yahudi Israel.

Nukilan,

Mads Gilbert MD PhD 
Professor and Clinical
Head Clinic of Emergency Medicine
University Hospital of North Norway

~ MalaysiaGazette